Kejohanan AFF B-16: Malaysia & Indonesia Adakan Perjumpaan Santai Erat Hubungan Serumpun

Menjelang perlawanan separuh akhir Kejohanan AFF B-16 yang akan berlangsung pada malam esok, wakil pasukan negara dan juga Indonesia telah mengadakan satu pertemuan santai dalam usaha memupuk hubungan baik di antara dua negara serumpun ini.

Sesi tersebut diadakan oleh kedua-dua pasukan untuk memastikan perjalanan perlawanan separuh akhir Kejohanan AFF B-16 berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden.

Skuad kebangsaan B-16 negara diwakili oleh jurulatih, Raja Azlan Shah Raja So’ib, manakala Indonesia turut diwakili oleh rakan sejawat beliau, Fakhri Hussaini.

Kredit: FAM, Facebook.

Beberapa pemain dari kedua-dua pasukan turut sama hadir dalam pertemuan tersebut.

Kejohanan AFF B-16 yang berlangsung di Indonesia sebelum ini dibayangi dengan lagak provokasi oleh penyokong tuan rumah, ketika perlawanan pembukaan membabitkan pasukan negara menentang Thailand.

Skuad B-16 negara menerima sorakan berbunyi, “Malaysia itu anjing” dan juga “Amirul itu anjing” oleh penyokong Indonesia dalam perlawanan menentang Thailand dalam aksi Piala AFF B-16 semalam.

Sorakan itu muncul selepas penyokong Indonesia berang dengan kesilapan pemain negara, Amirul Ashrafiq Hanifah yang termuat naik bendera Poland dan bukannya Indonesia dalam Instagram Story beliau.

Kredit: FAM, Facebook.

Insiden tersebut turut menyebabkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar surat bantahan kepada pihak penganjur dan juga Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Susulan dari bantahan tersebut, pihak penganjur memberi jaminan kepada skuad negara bahawa isu keselamatan akan terus menjadi keutamaan mereka, terutama ketika perlawanan membabitkan pasukan negara.

Pasukan negara kembali bangkit mencatat kemenangan dengan menewaskan Brunei 6-1, Singapura dengan jaringan 4-0, sebelum menumpaskan Laos 1-0 di perlawanan terakhir setelah tewas kepada Thailand 2-1 di perlawanan pembukaan.

Muncul sebagai naib juara Kumpulan B, Malaysia dipertemukan kembali dengan Indonesia yang muncul juara Kumpulan A setelah menang semua lima perlawanan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN