Previu EPL: Analisis ‘Heavy Metal Football’ Liverpool Untuk Musim 2018/19

Liverpool boleh dikatakan pasukan paling gembira di EPL dalam jendela perpindahan kali ini. Mereka berjaya mendapatkan Fabinho, Alisson dan Shaqiri.

Sementara Naby Keita pula mereka sudah sahkan pembelian secara pra-kontrak pada musim lalu.

Jadi musim ini adalah musim penting untuk Jurgen Klopp memberikan kejayaan kepada pasukan ini selepas banyak kali kandas di final.

Blok rendah Liverpool

Alisson adalah penjaga gol yang sangat bagus dengan bola di kaki beliau. Definisi kepada ‘ball playing goal keeper’.

Salah satu sebab Klopp menandatangani Karius sebelum ini kerana pemain itu merupakan ball playing keeper namun malangnya beliau gagal menjadi penjaga gol yang lebih lengkap.

Liverpool berasaskan binaan serangan daripada blok rendah. Dan mereka kerap menghantar bola kepada penjaga gol ketika ditekan. Jadi, penjaga gol yang boleh ‘bermain’ dengan bola di kaki sangat perlu dalam taktikal mereka.

Sementara di pertahan berempat Liverpool sudah boleh dikira ada kualiti yang baik. Kepulangan Clyne daripada kecederaan panjang akan memberikan kompetisi kepada Trent Alexander Arnold.

Van Dijk, Lovren dan Matip di tengah. Ini peluang untuk Joe Gomez menjadi pemain bek tengah yang mampu memberikan persaingan kepada pemain lain. Musim lalu Gomez banyak menjadi bidan terjun sebagai bek kanan.

Kerisauan Liverpool pastinya kualiti di bek kiri kerana Moreno tak konsisten memberikan persaingan kepada Robertson.

Kualiti di tengah

Liverpool akhirnya memiliki pemain tengah defensif tulen dengan adanya Fabinho. Namun Liverpool adalah pasukan yang boleh beraksi tanpa tipikal pemain seperti ini dengan sistem tengah bertiga yang dinamik.

Naby Keita adalah pemain box to box yang akan memberikan tambahan penting kepada ‘depth’ pasukan ini.

Keita adalah ‘ball carrier’ yang baik. Manakala Jordan Henderson boleh bertindak sebagai pusat hantaran jauh pasukan ini untuk memberikan variasi kepada pasukan.

Serangan bertiga

Klopp kelihatan tiada masalah dengan serangan bertiga. Kerana musim lalu gandingan Salah-Firmino-Mane telah menjaringkan gol yang sangat banyak.

Mohamed Salah adalah penjaring utama dalam pasukan ini. Kehadiran Shaqiri akan memberikan tambahan penting kerana beliau boleh beroperasi di kanan dan kiri serta sebagai no.10.

Musim lalu, setiap kali tiada Salah di dalam padang, Liverpool akan berhadapan dengan masalah kurang ketajaman di serangan.

Anda perlukan pemain kedua yang baik untuk menjadi ‘back-up’ apabila anda memiliki barisan serangan bertiga pada kualiti trio Mane-Firmino-Salah.

Kelegaan pastinya kepada Firmino yang sudah boleh dikira ‘recognized no.9’ meninggalkan tag 9 jadian. Kredit kepada kejurulatihan Liverpool yang berjaya membentuk pemain ini menjadi no.9 sebenar.

Firmino adalah pemain yang memiliki kadar kerja yang sangat tinggi. Beliau ada visi dan juga skil yang baik. Pada masa yang sama, boleh bertahan dengan baik. Beliau juga sangat baik dalam linking up.

Dalam situasi di bawah ini Firmino boleh hantar ke zon bulatan merah ataupun ‘lay off’ bola untuk Mo Salah.

Gegenpressing

Aspek yang paling penting dalam taktikal Jurgen Klopp adalah gegenpressinga ataupun counterpressing. Bahasa mudahnya, cuba memenangi bola di kawasan lawan pada fasa lawan cuba membina serangan.

Sebelum ini ramai mempertikaikan sama ada pemain seperti Shaqiri adalah tepat untuk memainkan taktikal ini. Dengan aksi pra musim pemain itu, jelas beliau faham akan kehendak taktikal Klopp.

Apabila memenangi bola, mereka akan menyerang dalam unit. Cuba mengatasi lawan dengan kuantiti pemain yang ramai. Lihat di bawah ini, dalam bulatan A, anda lihat penyerang bertiga sudah mewujudkan ruang besar dan boleh mencipta gol.

Namun dari belakang pemain masih aktif menyerang dengan gerakan tanpa bola mereka. Idea ini adalah, apabila hilang bola, mereka akan tetap ada unit yang ramai untuk memenangi balik bola itu.

Heavy metal football

Ianya disebut heavy metal football oleh Klopp kerana menyegerakan penetrasi ke kawasan serangan.

Anda pasti ingat bagaimana musim lalu Arsenal menentang Manchester United mereka terlalu banyak hantaran dan ‘orchestrating’ gerakan sehinggakan tiada percubaan tepat?

Klopp menjelaskan pada musim beliau di Dortmund, jika Arsene Wenger sukakan bola sepak orkestra, saya pula sukakan heavy metal.

Falsafah dia hampir sama, cuma eksekusi dan dinamik itu yang berbeza. Lihat contoh ini, abaikan tajuk tiki taka pada video itu, inilah antara contoh hantaran segera ke zon bahaya dan penggunakan gerakan yang dinamik untuk mencipta ruang.

Masalah utama heavy metal football Klopp ini adalah apabila berhadapan dengan lawan yang menutup blok rendah dengan ‘bas’.

Mereka tiada opsyen tambahan seperti melakukan percubaan dari luar kotak penalti ataupun hantaran lintang untuk mengatasi pertahanan lawan. Selepas hilang Coutinho mereka tiada opsyen penembak jauh ini.

Musim ini jika aspek ini diperbaiki, mereka akan lebih banyak variasi dalam serangan.

Rumusan

Klopp menambahkan kualiti di tengah defensif dan juga kualiti penjaga gol beliau. Di bahagian serangan beliau menambahkan Shaqiri dalam pasukan.

Liverpool masih menagih kualiti pemain seperti Sturridge, Ings dan Lallana dalam membantu menambahkan kualiti depth skuad ini.  Oleh itu, kualiti pasukan kedua adalah isu utama Liverpool berbanding dengan isu pasukan utama.

Ini kerana, misalnya, apabila salah seorang trio serangan mereka tidak boleh bermain, kualiti permainan mereka tidaklah jauh sangat merosot. Jadi, kualiti pemain ke-2 dan ke-3 dalam setiap posisi adalah persoalan utama Liverpool.

Di pertahanan pun sama, adakah bek tengah mereka boleh membentuk gandingan mantap? Bagaimana dengan Moreno dan Robertson? Liverpool menagih aksi cemerlang Robertson dan juga sokongan kualiti daripada Moreno.

Di kanan mungkin Trent Alexander Arnold dan Clyne ada kualiti yang lebih meyakinkan.

Dan kami berpendapat Roberto Firmino akan menjadi pusat segalanya (center of everything) sekali lagi dalam taktikal Klopp, untuk membolehkan Mohamed Salah dan Mane mendapat ruang di half space.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN