Melaka United Muncul Juara Liga Futsal Kebangsaan 2018, Kekalkan Mahkota Yang Dijulang Musim Lalu

Melaka

Juara bertahan, Melaka United – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengulangi kejayaan musim lalu apabila mengesahkan kejuaraan Liga Futsal Kebangsaan 2018 selepas menundukkan Kuantan Rangers FC 2-1 pada perlawanan petang semalam.

Kejayaan bermakna itu menjelma walaupun saingan liga masih berbaki empat perlawanan untuk ditamatkan.

Abu Haniffa Hassan meraikan jaringan yang dihasilkannya bersama Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrain. Foto: Melaka United

Selepas mengharungi 14 perlawanan liga, Melaka United yang dibimbing I’sah Abd Rahim cemerlang dengan memenangi kesemua perlawanan yang dilalui.

Selepas Melaka United sah mempertahankan gelaran yang dimenangi musim lalu, tumpuan kini terarah bagi perebutan tempat kedua.

Saingan sengit dapat disaksikan apabila Perak dan Selangor United MPSJ kini terikat dengan 27 mata.

Perak bagaimanapun menduduki tangga kedua selepas berkelebihan perbezaan jaringan berbanding lawan dari Selangor itu.

Ridzwan Bakri cemerlang selepas menjaringkan 7 gol buat Perak ketika bertemu Kuala Lumpur dan KL City. Foto: FAM

Lebih menarik kedua-dua pasukan akan bertembung sesama sendiri di perlawanan terakhir liga pada 26 Ogos nanti.

Pasukan lain seperti Pahang, Kuantan Rangers FC dan KL City juga masih berpeluang untuk memberikan saingan hebat buat dua pasukan yang sedang berkongsi mata itu.

Buat pengetahuan peminat futsal yang ingin menyaksikan aksi futsal berintensiti tinggi, kesemua perlawanan Liga Futsal Kebangsaan 2018 dilangsungkan di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam.

Perlawanan seterusnya akan berlangsung pada 11 dan 12 Ogos ini yang menyaksikan Perak akan bertemu Terengganu FC dan Melaka United.

Selangor United MPSJ pula menanti cabaran Felda United dan Kuantan Rangers FC.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN