Apakah Tugas Alistair Edwards Sebagai Pengarah Sukan JDT?

Baru baru ini, Allistair Edwards telah dilantik menjadi sporting director atau director of football di Johor Darul Tazim. Saya didatangi banyak mesej untuk menjelaskan apakah peranan beliau dalam jawatan ini.

Mungkin sebelum ini ada kelab/pasukan tempatan yang sudah ada sporting director, tapi TMJ menyatakan JDT adalah pasukan pertama yang bekerja dengan sporting director yang mempunya skop tugas yang lebih detailed.

Jadi saya simpulkan TMJ menjadikan jawatan sporting director ala Eropah sebagai blueprint.

Struktur pengurusan pasukan

Bola sepak Malaysia dan Asia memang banyak perbezaannya dengan bola sepak Eropah.

Di Eropah, pengurus pasukan adalah orang yang menentukan taktikal, latihan dan soal pemain. Di Malaysia, pengurus pasukan lebih berfungsi seperti sporting director di Eropah; iaitu menentukan soal beli pemain atau gaji.

Skop tugas ketua jurulatih sangat terhad kepada aspek di atas padang saja.

Cuma background pengurus di Malaysia kadang kala diisi oleh Datuk-Datuk yang tak pernah main bola secara profesional. Ini menjadikan mereka mirip kepada CEO atau presiden kalau mengikut struktur Eropah.

Tahniah kepada Pahang yang mewujudkan jawatan CEO (gambar bawah) yang skop tugasnya lebih tepat mengikut definisi CEO.

fahrizal hassan

Siapa yang layak?

Sporting director di Eropah adalah jawatan yang akan menghadkan kuasa penuh pengurus (kalau di Eropah) atau ketua jurulatih (kalau di Malaysia) dalam banyak aspek.

Sporting director biasanya dipegang oleh bekas pemain yang mempunyai karier yang bagus sebagai pemain. Keutamaan biasanya diberikan kepada lagenda pasukan itu sendiri. Sporting director adalah orang tengah antara pengurus/ketua jurulatih dengan pemilik/CEO.

Sporting director mempunyai tanggungjawab besar kerana tandatangan mereka adalah benda terakhir yang diperlukan untuk membuat semua perubahan kepada pasukan.

Maknanya selepas ini keputusan ya atau tidak akan ditentukan oleh Alistair Edwards kerana TMJ melantik beliau atas kapasiti kearifan beliau dalam soal teknikal bolasepak.

Cuma TMJ sahaja yang boleh menggunakan kuasa veto jika baginda tak bersetuju dengan Alistair Edwards. Kebiasaannya, tak ramai CEO atau pemilik pasukan yang akan membantah keputusan sporting director.

Isu scouting dan transfer

Sporting director akan terlibat secara langsung dalam soal scouting dan transfer pemain.

Pengurus/ketua jurulatih akan mencadangkan pemain yang mereka mahukan. Sporting director pula akan mengendalikan hal-ehwal berkenaan gaji dan imbuhan pemain tersebut dengan ejennya.

Negotiation process akan berlanjutan sehingga kata persetujuan dicapai antara sporting director, pemain dan ejennya.

Sporting director juga akan kerap pergi melawat ke mana-mana saja untuk mencari bakat baru. Jika ada pemain yang berbakat, mereka akan mengarahkan scout untuk memberikan laporan lanjut.

Falsafah dan taktikal

Sporting director akan tidak terlibat langsung dalam isu falsafah dan taktikal permainan pasukan. Namun mereka masih akan terlibat dalam aspek teknikal pemain dari segi melihat statistik dan analisis pasukan.

Beberapa sampel kegagalan di England

Dalam rangka pengurusan pasukan, jelas sekali kedua-dua pengurus/ketua jurulatih dan pengarah sukan akan kerap bekerjasama secara langsung.

Transaksi perpindahan pemain boleh berlaku tanpa pengetahuan pemilik pasukan jika bajet masih ada.

Antara contoh kegagalan kerjasama pengarah sukan dengan pengurus pasukan adalah Ian Ayre dan Brendan Rodgers. Sebagai pengurus pasukan, Rodgers terpaksa menghadapi karenah birokrasi.

Bukan saja beliau sukar untuk bercakap dengan pemilik kelab, malah beliau perlu melalui pengarah sukan, Ian Ayre. Malah sebelum dapat bercakap dengan Ayre, Rodgers perlu melalui sebuah transfer committee terlebih dahulu.

Ramai pemain dijual tanpa pengetahuan Rodgers kerana Ayre dan transfer committee khuatir harga pasaran pemain akan turun jika pemain kekal dan tak komited.

Kemudian ramai pemain dibeli oleh transfer committee bukanlah pemain yang dikehendaki oleh pengurus pasukan. Akhirnya Brendan Rodgers yang dipecat. Pengganti Rodgers, Jurgen Klopp dalam temuramah pertamanya berkata:

Transfer committee itu tetap ada. Tapi saya yang akan menentukan keputusan akhir.”

Pemilik Liverpool, Fenway Sports Group sebelum itu pernah memecat pengarah sukan Damien Commolli kerana melakukan pembelian mahal yang tak berbaloi.

Ketika ditanya media, Comolli mendedahkan kegagalan Jordan Henderson menyesuaikan diri dengan pantas di Liverpool adalah antara punca beliau dipecat.

Sebelum itu, Commolli memang sudah banyak membeli pemain yang salah. Antaranya ialah Stewart Downing yang dibeli untuk membekalkan hantaran lintang kepada Andy Carroll dalam sistem target man Kenny Dalglish.

Jadi mereka berdua bertanggungjawab ke atas keputusan mereka yang salah.

Perbezaan dan isu birokrasi

Pengarah sukan adalah jawatan yang dibenci oleh pengurus di Eropah kerana ia mengurangkan kuasa dan kawalan mereka dalam banyak aspek.

Namun di Malaysia, saya tak tekankan isu ini kerana selama ini bidang kuasa jurulatih dan ketua jurulatih memang tertakluk di bawah birokrasi yang bergelar ‘pengurus pasukan’.

Berbalik kepada JDT, Mario Gomez sebelum ini pernah bekerja dalam sistem ini di Sepanyol. Tetapi cabaran kini adalah; adakah Alistair Edwards akan serasi bekerjasama dengan Gomez?

Tugasan Alistair di JDT mungkin lebih kepada aspek mengenalpasti pemain yang betul untuk pasukan.

Kemudian menilai gaji yang setimpal untuk pemain. Sebelum ini, ramai pemain JDT agak overpaid tetapi sekadar memanaskan bangku simpanan.

Mungkin selepas ini, Alistair akan mewujudkan elaun berdasarkan jumlah penampilan, gol dan clean sheet seperti di Eropah.

Isu branding dan merchandising juga mungkin akan diperkuatkan lagi dibawah kepakaran Alistair yang mempunyai Sarjana Pentadbiran Perniagaan.

Kenapa jawatan pengarah sukan diwujudkan oleh TMJ?

Saya ada menyentuh sedikit soal knowledge dalam bolasepak. TMJ bukanlah seorang bekas pemain atau mempunyai background teknikal yg kukuh dalam bolasepak.

Mungkin selepas kerjasama dengan BvB beliau mendapati JDT memerlukan individu yang lebih arif untuk melaksanakan aspirasi beliau. Ini untuk mengelakkan wrong investment dan decision dalam sesuatu isu.

Saya juga menjangkakan ini adalah transisi kepada pengurusan pasukan ala Eropah.

TMJ hanya akan menyumbang keringatnya dalam aspek visi selepas ini walaupun baginda selalu bermain di polo di Argentina. Setiap businessman memerlukan individu yang arif untuk memastikan pelaburan mereka mebawa pulangan.

Respect kepada TMJ kerana tidak terlalu ego dan percaya ada orang lain lebih berhak menentukan keputusan teknikal.

Kesimpulan

Jika orang yang betul berada di jawatan yg betul, isu birokrasi dapat dikurangkan dan sumbangan setiap orang dapat memberikan kesan yang sangat efektif.

Contohnya seperti Leonardo di Paris Saint-Germain, Matthias Sammer di Bayern Munich, Txiki Begiristain di Barcelona (era Pep Guardiola) dan Michael Zorc di Dortmund. Walaupun jawatan mereka sama, keluasan skop tugas mereka berbeza anatara satu sama lain.

Ini cuma pandangan umum saya tentang jawatan ini. Bagi saya, pengarah sukan override jawatan pengurus pasukan dan CEO, yang banyak dipegang ahli politik.

Saya menyambut positif perubahan ini dan Alistair berhak diberikan masa oleh JDT.

All the best Alistair Edwards!

Baca juga: Barcelona Pasukan Terbaik Di Dunia 2015, Ranking JDT Lebih Tinggi Daripada Southampton

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN