9 Pemain Muda Tumpuan Dalam Liga Utama Eropah 2018/19

Saingan liga di Eropah hampir bermula. Kami senaraikan 9 bakat prospek yang harus diberikan perhatian.

 

1. Justin Kluivert ( AS Roma )

SAN DIEGO, CA – JULY 25: Justin Kluivert #34 of A.S. Roma and Christian Eriksen #23 of Tottenham Hotspur in action during an International Champions Cup match at SDCCU Stadium on July 25, 2018 in San Diego, California. (Photo by Sean M. Haffey/International Champions Cup/Getty Images)

As Roma berjaya menewaskan Manchester United dalam perebutan untuk mendapatkan bintang muda kelahiran Belanda, Justin Kluivert dengan nilai €20 juta (RM92 juta).

Anak kepada lagenda bola sepak merupakan pemain sayap yang sedang menyinar dan telah banyak membantu pasukan Ajax memenangi banyak perlawanan.

Sejak 2016, beliau telah membuat penampilan sebanyak 60 kali bersama Ajax di peringkat Liga Eredivisie, Piala KNVB, Piala Super Belanda dan Piala Eropah.

Kluivert telah membantu menjaringkan 15 gol dan mencipta 13 peluang gol untuk pasukan.

Semestinya kehadiran Kluivet diramal dapat memberi kekuatan semula kepada jentera serangan pasukan AS Roma selepas mereka kehilangan Radja Nainggolan.

2. Malcom Oliveira ( Barcelona )

PASADENA, CA – JULY 28: Malcom #26 of FC Barcelona kicks the game winning penalty kick during a penalty shootout against Tottenham Hotspur during an International Champions Cup 2018 match at Rose Bowl on July 28, 2018 in Pasadena, California. Barcelona defeated Tottenham on penalty kicks after the match ended 2-2 in regulation. (Photo by Kevork Djansezian/Getty Images)

Perpindahan yang agak kontroversi selepas Barcelona mencantas perjanjian di saat akhir.

Malcom merupakan pemain Brazil kedua mereka tandatangani kali ini selepas Arthur dari Gremio.

Malcom menyertai Barcelona dengan nilai perpindahan sebanyak  €41 juta (RM194 juta) dengan kontrak selama 5 tahun.

Malcom yang berusia 21 tahun merupakan pemain dari akademi Corinthians sebelum beliau menyertai Bordeaux pada Januari 2016.

Bersama Bordeaux beliau telah berjaya menjaringkan 23 gol daripada 96 perlawanan yang disertainya.

Prestasi cemerlang yang pernah dilakarnya di saingan Ligue 1 sebelum ini telah membuatkan nama Malcom menjadi sebahagian antara pemain muda yang harus diberi tumpuan pada musim hadapan.

3. Vinicius Júnior ( Real Madrid )

MIAMI, FL – JULY 31: Vinicius Junior of Real Madrid during the International Champions Cup 2018 fixture between Manchester United v Real Madrid at Hard Rock Stadium on July 31, 2018 in Miami, Florida. (Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

Sehingga kini, Real Madrid masih belum berjaya mendatangkan pemain bintang bagi menggantikan kehilangan Cristiano Ronaldo.

Real Madrid menarik diri daripada mendapatkan Hazard yang dianggap terlalu mahal.

Jadi, ini akan memberikan lebih peluang kepada pemain seperti Vinicius mempamerkan aksi.

Vinicius Junior dibeli pada musim lalu dengan nilai mencecah £40 juta.

Pembelian tersebut mencatat rekod nilai perpindahan kedua pemain Brazil yang paling mahal sepanjang masa di belakang Neymar.

4. Mattéo Guendouzi ( Arsenal )

DUBLIN, IRELAND – AUGUST 01: Matteo Guendouzi of Arsenal takes on Alvaro Morata of Chelsea during the Pre-season friendly between Arsenal and Chelsea on August 1, 2018 in Dublin, Ireland. (Photo by David Price/Arsenal FC via Getty Images)

Permulaan era baru The Gunners dibawah kendalian Unai Emery dilihat berada dilandasan yang positif selepas mereka berjaya mengikat 9 pemain baru antaranya Stephan Lichtsteiner, Sokratis Papastathopoulos, Lucas Torreira dan Bernd Leno.

Emery juga berjaya mendatangkan pemain muda dari Lorient, iaitu Mattéo Guendouzi dengan nilai perpindahan yang dipersetujui sebanyak £7 juta berserta kontrak selama lima tahun.

Guendouzi berusia 19 tahun dan merupakan pemain kelahiran Perancis yang beraksi di posisi tengah.

Sebelum berpindah ke Lorient pada tahun 2014, beliau merupakan pemain dari akademi Paris Saint-Germain (PSG).

Karier profesional Guendouzi bermula pada tahun 2016 selepas melakukan penampilan pertama bersama Lorient pada musim 2015/16 ketika bertemu Nantes.

Prestasi Guendouzi di Lorient amat baik dan cemerlang meskipun tidak banyak peluang diberikan padanya ketika itu.

Pengurus Guendouzi hanya menyenaraikan beliau sebagai pemain simpanan sepanjang musim.

Selepas berjaya melakukan penampilan yang menyakinkan, beliau akhirnya terus diberi kepercayaan sepenuhnya untuk berada dalam skuad utama.

Guendouzi dilihat sebagai prospek muda Perancis yang terbaik setakat ini, nama beliau diletakkan sebaris dengan bintang PSG, Adrien Rabiot.

5. Lautaro Martínez ( Inter Milan )

NICE, FRANCE – JULY 28: Lautaro Martínez of FC Internazionale controls the ball during the International Champions Cup 2018 match between Chelsea and FC Internazionale played at Allianz Riviera Stadium on July 28, 2018 in Nice, France. (Photo by Claudio Villa – Inter/Inter via Getty Images)

Seorang lagi prospek muda yang harus diberi perhatian ialah Lautaro Martínez.

Lautaro Martínez merupakan pemain kelahiran Argentina berusia 20 tahun yang bermain di posisi penyerang.

Sepanjang empat musim di Racing, beliau telah membuat 60 penampilannya dan telah berjaya menghasilkan 27 gol secara peribadi.

Di peringkat antarabangsa, Martínez memulakan kariernya bersama Pasukan Kebangsaan Argentina Bawah-20 pada tahun 2017.

Pada tahun yang sama, beliau telah disenaraikan untuk mewakili Argentina B-20 untuk menghadapi Kejohanan Amerika Selatan dan Piala Dunia FIFA B-20.

Pada 12 Mac 2018, Martínez menerima panggilan pertama untuk menyertai pasukan senior.

Beliau telah melakukan penampilan dalam perlawanan persahabatan menentang Itali dan Sepanyol.

Pada bulan Mei 2018, beliau telah dinamakan dalam senarai awal skuad Argentina untuk Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia namun gagal ke senari akhir.

Martínez secara rasmi menyertai Inter pada 4 Julai 2018 dengan nilai perpindahan sebanyak €25 juta. 

Perpindahan Martínez ke Nerazzurri mengikut jejak beberapa pemain Argentina yang pernah berbakti di kelab tersebut seperti Gabriel Batistuta, Diego Milito, Hernan Crespo dan Mauro Icardi.

Icardi adalah individu penting dalam mempengaruhi keputusan beliau untuk datang ke Inter Milan.

Inter Milan telah mengumumkan Martínez akan mengenakan jersi bernombor 10 pada musim ini. Jersi yang pernah dipakai Ronaldo, Adriano dan Dennis Bergkamp.

6. Andreas Pereira ( Manchester United )

MIAMI, FL – JULY 31: Andreas Pereira #15 of Manchester United dribbles with the ball against Marcos Llorente #18 of Real Madrid at Hard Rock Stadium on July 31, 2018 in Miami, Florida. (Photo by Mike Ehrmann/International Champions Cup/Getty Images)

Sudah tiba masanya, Jose Mourinho perlu memberikan peluang kepada pemain 22 tahun, Andreas Pereira untuk mengemudi barisan Manchester United pada musim hadapan.

Pereira sebelum ini bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama sejak membuat penampilan senior bersama United pada musim 2014/15.

Pemain kelahiran Belgium itu telah mengharungi dua musim ke kelab Granada (2016/17) dan Valencia (2017/18) sebagai pemain pinjaman United.

Sekembalinya beliau ke England pada musim ini, pasti ianya akan memberi semangat buat beliau yang sudah lama menginginkan untuk tersenarai sebagai pemain utama di Manchester United.

Melihat keadaan United yang gagal merekrut pemain bintang setakat ini, ada baiknya juga jika Jose Mourinho memberi peluang kepada Pereira dan memanfaatkan bintang muda itu sebaik mungkin.

7. Callum Hudson-Odoi ( Chelsea )

LONDON, ENGLAND – AUGUST 05: Callum Hudson-Odoi of Chelsea in action during the FA Community Shield match between Manchester City and Chelsea at Wembley Stadium on August 5, 2018 in London, England. (Photo by Clive Mason/Getty Images)

Persembahan ‘luar biasa’ Callum Hudson-Odoi dalam tiga perlawanan persahabatan pra-musim The Blues telah berjaya mencuri tumpuan pengurus Chelsea, Maurizio Sarri.

Beliau diberikan tempat dalam kesebelasan utama pada perlawanan Perisai Komuniti.

Callum-Odoi memiliki sentuhan dan penyudah yang berbisa. Beliau mampu meledak gol terutamanya apabila berjaya melepasi pertahanan lawan dengan berada dikedudukan yang bebas.

Callum-Odoi juga memiliki kepantasan dalam lariannya. Meskipun baru berusia 17 tahun, kebijaksanaan beliau meramal pergerakan bola di setiap sudut amat dikagumi.

Hudson-Odoi menyertai skaud akademi Chelsea pada tahun 2007 dan membuat penampilan pertama bersama skuad bawah 18 tahun pada Ogos 2016.

Kejayaan Hudson-Odoi membantu skuad 18 tahun Chelsea menjuarai Piala Pemuda FA membuatkan beliau dinaikkan pangkat ke skuad Bawah-23 tahun sedangkan ketika itu usianya baru mencapai 16 tahun.

Nescaya, kehadiran Hudson-Odoi ke dalam skuad senior The Blues pada musim 2018/19 bakal memberi wajah baru di jentera serangan The Blues dan diharap dapat membantu Olivier Giroud dan Alvaro Morata bagi memperkuatkan serangan pasukan musim ini.

8. Ryan Sessegnon ( Fulham )


Mungkin ramai yang masih belum mengenali Ryan Sessegnon. Inilah pemain yang dihelar Gareth Bale baru.

Usianya baru mencapai 18 tahun, tetapi pemain kelahiran England ini sudah berjaya mencipta pelbagai rekod bola sepak di England.

Ryan Sessegnon dilahirkan di Roehampton, London pada 18 May 2000.

Beliau yang merupakan anak saudara kepada pemain bola sepak antarabangsa Benin, Stéphane Sessègnon turut mempunyai saudara kembar bernama Steven, yang juga pemain pasukan Fulham ketika ini.

Ryan memulakan karier bola sepaknya diusia 9 tahun dengan menyertai kelab akademi Fulham. Selepas 9 tahun sebagai pemain akademi, Ryan akhirnya diserap ke kelab senior pada tahun 2016.

Ryan membuat penampilan pertamanya bersama Fulham pada 9 Ogos 2016 dalam perlawanan Piala Liga Inggeris (EFL Cup) menentang Leyton Orient.

Aksi pertama beliau telah memberi menyakinkan buat pengurus pasukan, Slaviša Jokanović untuk menyenaraikan nama beliau buat kali kedua dalam perlawanan bertemu Leeds United di Liga Kejohanan Bola Sepak Inggeris.

Pada 20 Ogos 2017, Ryan mencatat rekod sebagai pemain bola sepak profesional pertama yang dilahirkan pada tahun 2000 yang telah berjaya menjaringkan gol di pentas liga tersebut.

Selain itu, beliau turut mencatat rekod sebagai pemain paling termuda yang berjaya mencipta gol sepanjang sejarah kejuaraan Piala FA ketika bertemu Cardiff City.

Pada 19 Februari 2018, CIES menyenaraikan Ryan berada ditangga ke-10 antara prospek muda yang sedang meningkat naik di Eropah.

Aksi cemerlang bersama Fulham telah berjaya meletakkan nama beliau sebagai calon untuk anugerah Pemain Terbaik PFA 2018. Pemain Championship pertam disenaraikan dalam pencalonan anugerah tersebut..

Ryan telah berjaya memenangi lima anugerah iaitu Pemain Kejohanan Semusim, Pemain muda Musim, Pilihan Tahun, dan dinamakan dalam Kesebelasan Pasukan Terbaik Musim 2017/18 dan Kelab EFL Terbaik XI.

9. Emile Smith Rowe ( Arsenal )

 

SINGAPORE – JULY 26: Emile Smith Rowe of Arsenal takes on Joaquin Munoz of Atletico during the International Champions Cup 2018 match between Club Atletico de Madrid and Arsenal at the National Stadium on July 26, 2018 in Singapore. (Photo by David Price/Arsenal FC via Getty Images)

Pengurus Arsenal, Unai Emery telah memuji persembahan pemain muda Arsenal, Emile Smith Rowe yang berjaya membantu pasukan tersebut dengan menghasilkan gol yang menarik ketika bertemu Atletico Madrid dalam aksi perlawanan pra-musim yang berlangsung di Stadium National, Singapura pada 27 Julai yang lalu.

Aksi cemerlang pemain muda itu mendapat perhatian Emery dan dihadiahkan kontra baharu.

Selain itu, Emery menegaskan pemain muda seperti Smith Rowe perlu diberi peluang yang sebaiknya di Arsenal.

“Dia sudah menunjukkan kematangan di akademi dan kami perlu memberi peluang kepada pemain muda untuk beraksi pada perlawanan seperti ini.”

“Mungkin dengan cara ini perlahan-lahan pemain muda akan mula mengukuhkan tempat pada sesi latihan untuk terus bersama kami.

“Untuk itu, saya gembira dengan persembahannya hari ini, bukan saja hari ini tetapi setiap hari.

“Dia diturunkan hari ini kerana persembahan jitunya dalam sesi latihan. Inilah detik untuk pemain muda menonjolkan kualiti seperti apa yang dilakukan Emile.”

Smith-Rowe biasanya bermain di posisi sayap kiri, tetapi dia mampu diletakkan sebagai penyerang utama jika diperlukan.

Beliau merupakan pemain dari akademi Arsenal Bawah-18. Bersama pasukan tersebut, beliau telah 37 perlawanan dan berjaya mencipta 14 gol serta 4 bantuan gol.

Smith-Rowe bukanlah seorang pemain yang memiliki ketahanan fizikal yang yang kuat, tetapi dari segi lain seperti kemahiran pengawalan bola dan memiliki taknikal dalam setiap pergerakan membuatkan beliau mampu untuk bersaing dengan pemain-pemain bertubuh besar darinya.

Ianya jelas dapat dilihat pada aksi beliau di pra-musim tempoh hari. Bagaimana beliau berjaya membuat kawalan bola dengan baik ketika berhadapan pemain Atletico Madrid.

Mesut Ozil dan Alex Oxlade-Chamberlain antara pemain Arsenal yang memiliki corak pemainan yang sama seperti beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN