Paolo Maldini Kembali Ke San Siro Bagi Menggalas Jawatan Pengarah Pembangunan AC Milan

Maldini

Legenda yang begitu sinonim dengan AC Milan, Paolo Maldini bersetuju untuk menjadi Pengarah Strategik & Pembangunan Sukan buat kelab Rossoneri tersebut.

Maldini yang bersara pada tahun 2009 telah membuat penampilan lebih daripada 900 perlawanan buat AC Milan dan berjaya menjuarai tujuh kejuaraan Serie A serta mendakap lima trofi Eropah.

AC Milan juga merupakan satu-satunya kelab yang diwakili pertahanan legenda itu.

Berita pelantikan tersebut diumumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan laman web rasmi kelab.

”Kursus baru di AC Milan terus diperkuat dengan pelantikan Paolo Maldini sebagai Pengarah Pembangunan Strategik yang baru.”

”Paolo (Maldini) merupakan legenda hidup dalam sejarah Rossoneri untuk sejarah, kelas, bakat, kepimpinan, kesetiaan dan rekod kejayaan yang luar biasa.”

”Kualiti ini memainkan peranan untuk membawa kembali Milan kembali ke arah kehebatan yang sepatutnya.”

Ketua Pegawai Eksekutif AC Milan, Paolo Scaroni turut mengulas mengenai pelantikan legenda tersebut.

”Terdapat beberapa perkataan yang mampu untuk menggambarkan apa yang Paolo Maldini wakili buat AC Milan.”

”Ia tidak mudah dan mengambil masa, tetapi kami bercita-cita tinggi dengan objektif dan pelantikan Paolo adalah langkah penting untuk kembali membawa AC Milan ke tempat yang sepatutnya.”

Nampaknya AC Milan semakin serius untuk meletakkan pasukan tersebut sebaris dengan pasukan handalan dunia yang lain.

Mungkin juga dengan kehadiran legenda berusia 50 tahun ini dapat kembali merintis jalan AC Milan untuk kembali menjadi sebuah pasukan yang disegani seperti zaman beliau dan rakan sepasukannya.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN