Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Piala Dunia Wanita Bawah-20 2018?

Badan induk bola sepak dunia, FIFA akan menganjurkan Piala Dunia Wanita Bawah-20 pada tahun ini. Sepak mula kejohanan ini akan bermula pada 5 Ogos (semalam).

Sebanyak 16 pasukan akan merebut gelaran juara dunia bagi wanita bawah-20 tahun. Berikut rangkuman informasi untuk kejohanan ini.

Kali ke-9

Umur had asal bagi kejohanan ini ialah bawah-19 tahun. Namun, FIFA meningkatkannya kepada bawah-20 tahun.

Pertandingan ini mula diperkenalkan kepada mata dunia pada 2002 di mana Kanada menjadi tuan rumah sulung. Kejohanan ini diadakan dua tahun sekali.

Kejohanan ini memasuki edisi ke-9 penganjurannya. Perancis menjadi negara Eropah ke-3 menjadi tuan rumah selepas Rusia (2006) dan Jerman (2010).

Ujian?

Tahukah anda, sebenarnya kejohanan ini merupakan kejohanan ujian bagi sesebuah negara untuk penganjuran Piala Dunia Wanita? Seperti Piala Konfederasi di pihak lelaki, ia menjadi medan ujian kepada negara tuan rumah untuk persiapan Piala Dunia.

Ini dilaksanakan mulai edisi 2010 apabila Jerman diminta menjadi tuan rumah untuk kejohanan ini. Pada sebelum Jerman diamanahkan untuk menjadi hos Piala Dunia Wanita bagi edisi 2011.

Formaliti ini turut terpakai Kanada semasa diberi mandat untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita 2015. Tahun sebelumnya, mereka menjadi hos bagi Piala Dunia Wanita Bawah-20.

FIFA memberikan peluang negara membida kejohanan ini jika tahun berikutnya tiada Piala Dunia Wanita. Jepun (2014) dan Papua New Guinea (2016) antara yang menikmati peluang penganjuran kejohanan ini.

Perancis menggunakan hanya 4 stadium di wilayah Brittany untuk Piala Dunia Wanita Bawah-20. Stadium itu terletak di Concarneau, Dinan-Lehon dan Saint Malo.

Stadium itu berkapasiti rendah dan sesuai bagi penganjuran kejohanan skala kecil ini. Cuma di Vannes sahaja melibatkan penggunaan stadium yang boleh memuatkan lebih 9000 penonton.

Siapa bersaing?

Sebanyak 16 pasukan berentap dengan setiap kumpulan diletakkan 4 pasukan.

Tuan rumah, Perancis akan beraksi bersama Ghana, New Zealand dan Belanda dalam Kumpulan A. Kumpulan B pula menyaksikan Korea Utara, England, Mexico dan Brazil diundi bersama.

Amerika Syarikat, Jepun, Paraguay dan Sepanyol diletakkan di dalam Kumpulan C. Manakala Haiti, China, Nigeria dan Jerman diundi dalam Kumpulan D.

Haiti dan Belanda membuat penampilan sulung dalam kejohanan ini.

Formatnya mudah, setiap pasukan akan mengharungi 3 perlawanan dalam peringkat kumpulan. Juara dan naib juara peringkat kumpulan akan bertarung ke peringkat kalah mati.

Siapa jaguh?

Korea Utara menjulang kejohanan kedua pada 2016. Sumber: EuroSport.

3 kali trofi ini terbang ke Jerman selaku juara pada 2004, 2010 dan 2014. Amerika Syarikat turut memenangi 3 kali kejohanan ini iaitu pada 2002, 2008 dan 2012.

Satu-satunya negara Asia yang pernah memenangi kejohanan ini iaitu Korea Utara. Negara ini berjaya menjulang dua kali iaitu pada 2006 dan 2016.

Adakah akan ada negara baru yang akan mengukir nama di trofi ini? Mungkin ada, mungkin tiada.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN