Skuad B-23 Malaysia berhadapan dengan China B-23 dalam perlawanan pemanas badan sebelum Sukan Asia.
Harimau Muda di hadapan menerusi Akhyar Rashid yang melakukan percubaan roket dari luar kotak penalti.
Namun skuad China bangkit dengan 2 gol untuk menang 2-1. Zhang Yuning menyempurnakan sepakan penalti.
Sementara itu, Chen Zhechao melakukan percubaan daripada luar kotak penalti dalam situasi penjaga gol negara terperangkap.
Walaupun ada melepaskan 2 gol daripada kesilapan defensif dan kesilapan teknikal. Skuad Malaysia bermain baik dalam perlawanan ini.