Piala Malaysia: PKNP FC Rencat Kepulangan Selangor Ke Stadium Shah Alam, Menang 3-0

Selangor kembali semula ke Stadium Shah Alam dengan menerima kunjungan PKNP FC dalam perlawanan pertama unifi Piala Malaysia 2018.

15 minit pertama menyaksikan kedua-dua pasukan masih tidak mempunyai rentak yang sepatutnya untuk mengancam lawan masing-masing.

PKNP FC berjaya mendahului pada minit ke-23 menerusi Hafiz Ramdan yang berjaya melakukan penyudah menerusi kaki kiri.

Beliau dengan mudah melepasi 3,4 pemain Selangor untuk menjaringkan gol pertama dalam perlawanan ini.

Gambar: PKNP FC

Selangor hampir mendapatkan jaringan menerusi Shahrul Igwan namun tandukan beliau berjaya dihalang oleh Syazani Fuat.

Beberapa saat kemudian, Fandi Ahmad berjaya menjaringkan gol pada minit ke-32 selepas berjaya melepasi barisan pertahanan Selangor.

Beliau yang berhadapan dengan Haziq Ridwan dalam situasi 1 lawan 1 berjaya menewaskan penjaga gol itu dengan mudah.

Gambar: PKNP FC

Separuh masa pertama jelas menyaksikan Selangor kekok dalam perlawanan ini dan tidak berjaya menyesuaikan diri dalam perlawanan.

Sebaliknya, PKNP FC yang selesa dan hasilnya 2 gol berjaya dihasilkan.

Seperti dijangka, Selangor bermain dengan menyerang dari awal pada separuh masa kedua.

Walaupun berkali-kali melakukan serangan, PKNP FC pula yang berjaya menjaringkan gol.

Ritus Krjauklis menolak mudah bola ke dalam pintu gol pada minit ke-63 selepas Selangor gagal menguruskan sepakan percuma yang diberikan oleh PKNP FC.

Haziq jelas gagal menangkap kemas bola dan tangkapan muntah beliau jatuh ke kaki Krjauklis.

PKNP FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Azraei Omar dibuang padang selepas mengutip kad kuning kedua.

Keputusan itu dilakukan oleh pengadil selepas Azraei mengasari Saiful Ridzuwan.

Secara keseluruhannya, Selangor jelas tidak mempunyai rentak yang dimahukan dalam usaha mendapatkan 3 mata.

Sebaliknya, taktikal yang dibawa oleh Abu Bakar Fadzim jelas memberikan kejayaan buat PKNP FC pada perlawanan ini.

Keputusan penuh, Selangor 0-3 PKNP FC.

Kesebelasan utama

Selangor: Haziq Ridwan (penjaga gol), Amirul Ashraf, Ashmawi Yakin, Alfonso De La Cruz, Syukri Azman, Shahrul Igwan, Saiful Ridzuwan, Badrul Amin, Sean Selvaraj, Amri Yahyah (ketua pasukan), Rufino Segovia

PKNP FC: Syazani Fuat (penjaga gol), Azraei Omar, Khuzaimi Piee, Ritus Krjauklis, Muhammad Safar, Ibni Khozaimi, Sukri Hamid, Kim Sang Woo, Norhakim Isa, Hafiz Ramdan (ketua pasukan), Fandi Ahmad

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN