Ejen Courtois Gesa Chelsea Jual Pemain Itu Ke Real Madrid Sekarang

Ejen kepada Thibaut Courtois, Christophe Henrotay memberitahu media bahawa pemain tersebut mahu ke Real Madrid. Oleh itu Chelsea seharusnya menerima sahaja tawaran daripada Real Madrid dalam jendela perpindahan kali ini untuk pemain tersebut.

Courtois mahu ke Real Madrid atas alasan keluarga. Sebelum ini, Courtois meminta Chelsea meminjamkan beliau ke Atletico Madrid supaya boleh bersama-sama dengan keluarganya.

Tiada rahsia lagi, Los Blancos mahukan pemenangn sarung tangan emas Piala Dunia 2018 itu. Chelsea dilaporkan menolak bidaan €45 juta daripada Real Madrid untuk Courtois.

Maurizio Sarri alam sidang media beliau Jumaat lalu menyatakan beliau tiada jaminan bahawa Courtois akan kekal di Chelsea.

Sarri masih berharap dapat mengekalkan pemain itu dan mahu berjumpa dengan pemain Courtois secara peribadi apabila pemain itu kembali daripada cuti pada Isnin hadapan.

Chelsea’s manager, Maurizio Sarri,/ AFP PHOTO / Tolga AKMEN

Christophe Henrotay berkata:

“Saya telah membaca kesemua kenyataan oleh Chelsea tentang Thibaut, namun menyatakan dengan terus terang yang jalan terbaik adalah menjual beliau ke Real Madrid.”

“Bagi Thibaut, ini adalah keputusan yang besar kerana beliau mahu tinggal bersama-sama dengan keluarganya.”

Henrotay mengakui bahawa berita Courtois menolak tawaran kontrak baru daripada Chelsea adalah benar.

“Ada tawaran kontrak daripada Chelsea dan Courtois tidak mahu menandatanganinya.”

Henrotay juga mendengar ramai penyokong Chelsea mengkritik pemain berusia 26 tahun itu. Lebih-lebih lagi selepas tamat Piala Dunia lalu beliau memang sudah membayangkan mahu keluar daripada Chelsea.

Courtois ketika itu berkata, jika beliau keluar, beliau mahu Hazard juga ikut serta dan membayangkan destinasi seterusnya adalah Real Madrid.

Henrotay menyatakan yang beliau tidak boleh memaksa Courtois untuk kekal di Chelsea.

“Kita ada mendengar orang menuduh perpindahan ini bermotifkan wang semata-mata, dan memang benarlah, perpindahan ini akan membuatkan dia mendapat gaji lebih baik.”

“Namun beliau menolak beberapa tawaran lebih besar daripada kelab lain. Jadi, perpindahan ke Real Madrid ini lebih daripada sekadar kerana wang.”

“Dalam situasi semasa, sangat penting untuk semua pihak bersikap rasional, dan ada kelab pembeli menawarkan harga munasabah kepada pemain yang hanya ada setahun sahaja baki kontrak.”

“Sedangkan mereka (Real Madrid) tahun mereka boleh mendapatkan pemain ini secara percuma pada 12 bulan akan datang.”

“Chelsea berhak mendapat harga setimpal dengan pemain ini sekarang untuk mendapatkan pengganti beliau. Ataupun mereka akan mencari pengganti Courtois musim hadapan tetapi tanpa mendapat sebarang bayaran untuk Thibaut.”

“Kita faham, orang akan sedih dengan keinginan beliau keluar. Tetapi ini adalah keputusan manusia berdasarkan keinginan beliau berdekatan dengan anaknya, dan itu juga alasan yang munasabah.”

Jendela perpindahan EPL akan ditutup pada Khamis minggu hadapan. Chelsea sebelum ini dikaitkan dengan beberapa penjaga gol untuk menggantikan Courtois namun tiada usaha lebih konkrit dilakukan untuk mendapatkan mereka.

Antara nama dikaitkan termasuk Joe Hart, Jordan Pickford dan juga bekas penjaga gol yang bersama Sarri di Napoli, Pepe Reina yang baru sahaja menyertai AC Milan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN