Penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet kini dikaitkan dengan beberapa perpindahan keluar dari kelab itu.
Hal itu semestinya menjadi kemahuan beliau selepas penjaga gol itu kini tidak lagi menjadi pemain pilihan Jurgen Klopp untuk mengawal gawang.
Menurut laman Empire of the Kop, Mignolet kini berada dalam radar dua kelab dari liga yang berbeza.
Satu adalah kelab Besiktas dari Turki dan satu lagi adalah Barcelona dari La Liga.
Besiktas dikatakan bersedia untuk memberikan jaminan sebagai penjaga gol utama sekiranya pemain itu menyertai mereka.
Liverpool dan Besiktas kini dalam perbincangan untuk mendapatkan pemain kebangsaan Belgium itu.
Di pihak Barcelona, mereka dikatakan mahu mendapatkan Mignolet dengan tujuan sebagai penjaga gol kedua dibelakang Marc-Andre Ter Stergen.
Perpindahan ini dijangka akan menjadi kenyataan ditambah pula dengan kehadiran Alisson Becker yang terus dijadikan sebagai penjaga gol utama pasukan.
Namun, andai kata Besiktas dan Barcelona melakukan tawaran rasmi kepada Mignolet maka beliau perlu harus membuat pilihan yang jelas berbeza.
Hal ini kerana, beliau perlu memilih sama ada hendak ke pasukan yang menjamin minit permainan kepada beliau atau memperoleh perpindahan masyhur ke kelab utama namun tidak kerap diturunkan.
Mignolet hilang status sebagai penjaga utama Liverpool pada Januari lalu di tangan Loris Karius.
Namun buat masa sekarang Karius juga akan hilang posisi tersebut dan mengambil keputusan untuk berhijrah.