Matthew Davies Dan Azam Azih Tidak Sertai Skuad Sukan Asia 2018

Skuad Malaysia bawah 23 tahun negara bakal kehilangan dua tonggak Pahang, Nor Azam Abdul Azih dan Matthew Davies yang enggan melaporkan diri ke kem latihan pusat yang bermula semalam.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi  berkata kepada Berita Harian menganggap ketiadaan 2 pemain itu bermakna mereka tidak berminat untuk menyertai skuad sukan Asia 2018.

“Hari ini kita dapat lihat 25 daripada 28 pemain yang dipanggil jurulatih sudah melaporkan diri dan seorang lagi (Hadi Fayyadh Abdul Razak) sudah mengesahkan akan lapor diri esok. Maknanya hanya dua pemain lagi tidak hadir.

“Kalau ada surat atau sudah dimaklumkan secara rasmi kita boleh katakan mereka tak akan datang (ke kem latihan pusat), tapi setakat ini tiada surat rasmi dan kita anggap mereka gagal melaporkan diri pada hari pertama latihan.

“Kita menyusun pemain ini untuk aksi persahabatan di China (5 Ogos ini), jadi kita kena siapkan proses dokumentasi untuk ke sana selewat-lewatnya pada Khamis atau Jumaat ini,” katanya kepada pemberita.

Antara pemain yang melaporkan diri di kem latihan pusat semalam. FOTO: FAM

Sementara itu, pengendali skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee enggan memikirkan mengenai ketiadaan Azam dan Davies, sebaliknya lebih fokus dalam mempersiapkan pasukannya dengan pemain yang sedia ada.

“Terpulang kepada pihak pengurusan untuk menyelesaikan perkara itu dan yang penting saya harus fokus terhadap pemain sedia ada daripada memikirkan yang tidak hadir.

“Saya ada Daniel Amier Norhisham, Baddrol Bakhtiar dan Nik Akif Syahiran Nik Mat, saya akan lihat sama ada mereka boleh berada dalam skuad utama atau tidak. Kita hanya ada dua atau tiga hari latihan dan jika tak hadir esok, bermakna mereka tidak berminat,” katanya.

Ong Kim Swee bercakap kepada pemberita ketika sesi latihan semalam. FOTO: FAM

Davies yang ditemui dalam Majlis Undian Piala Malaysia semalam berkata kepada Astro Arena, beliau hanya akan mengikut arahan majikannya, Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP).

“Saya menghormati keputusan kelab.

“Buat masa ini, saya tidak akan melaporkan diri kerana tertakluk kepada hak PBNP.

“Saya mempunyai kontrak dengan mereka,” kata pemain pertahanan itu.

Walaubagaimanapun, Pahang melepaskan 2 pemain muda mereka iaitu Faisal Halim dan Kogileswaran untuk menyertai skuad Malaysia B-23.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN