Sukan Asia 2018: FAM Letak Sasaran 16 Pasukan Terbaik

Persa­tuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meletakkan sasaran layak ke pusingan kedua dalam Sukan Asia bulan depan untuk Malaysia bawah 23 tahun negara kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Malaysia yang diundi berada dalam satu kumpulan dengan Kyrgyzstan, Bahrain dan dua pasukan pilihan iaitu juara bertahan Korea Selatan serta Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan memulakan cabaran sebenar pada 10 Ogos ini.

Keputusan undian acara bola sepak Sukan Asia 2018.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata kepada Utusan Malaysia, sasaran mara ke pusingan kedua dilihat masih realistik berdasarkan prestasi cemerlang skuad muda negara ketika mencipta sejarah mara ke suku akhir kejohanan AFC B-23 di China.

“Kami telah bincang mengenai sasaran ini secara bersama namun FAM perlu meletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang tinggi untuk berada dalam 16 pasukan terbaik dan semua pihak akan mengusahakannya bagi merealisasikan sasaran itu.

“Kita tahu semua pasukan besar bersama skuad kita, termasuk juara bertahan, Korea Selatan. Kita perlu tetapkan sasaran lebih tinggi untuk masuk ke kelompok 16 terbaik,” katanya.

Di sebalik sasaran tinggi itu, skuad bimbingan Kim Swee masih belum mendapat jaminan sepenuhnya daripada pasukan kelab sama ada pemain yang dipanggil akan menyertai latihan pusat atau sebaliknya.

“Berhubung mengenai pelepasan pemain daripada pasukan mereka, kita akan menunggu hingga Isnin ini untuk pengesahan sama ada kesemua pemain yang disenaraikan akan menyertai kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan.

“Mereka seterusnya akan ke China untuk persediaan menghadapi kejohanan berkenaan sebelum ke Bandung lebih awal pada 8 Ogos nanti manakala jadual perlawanan persahabatan bersama Arab Saudi B-23 di Kuala Lumpur pada 9 Ogos dibatalkan,” katanya.

Kim Swee sebelum ini mengekalkan 17 daripada 24 pemain yang beraksi dalam Kejohanan AFC B-23 2018 untuk me­nyertai kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan bermula 30 Julai ini.

Empat muka baharu yang tersenarai pula adalah Syafiq Ahmad (JDT), Faisal Abdul Halim (Pahang), Rodney Celvin Akwe­n­sivie (PKNS FC) dan penjaga gol Khatul Anuar Md. Jalil (Kuala Lumpur).

Skuad sukan asia akan menjalani latihan pertama mereka di Wisma FAM pada Isnin ni. FOTO: FAM

Selain itu Baddrol Bakhtiar (Kedah), Rizal Ghazali (Kedah) dan Aidil Zafuan Abd. Radzak (JDT) mengisi slot kuota tiga pemain lebih usia.

Namun beliau membuat keputusan memanggil empat pemain baharu iaitu Adib Zainudin (Johor Darul Ta’zim II), Akhyar Rashid (Kedah), R. Kogi­leswaran (Pahang) dan Syahmi Safari (Selangor) yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia.

Malaysia dijadualkan bertemu Kyrgyzstan pada 10 Ogos dalam perlawanan pertama pe­ringkat kumpulan dan kemudian menentang UAE (12 Ogos), Korea Selatan (17 Ogos) dan Bahrain (20 Ogos).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN