James Rodriguez: Masa Depan Saya Masih Lagi Bersama Bayern Munich

James Rodriguez

Bintang Colombia, James Rodriguez menolak spekulasi beliau akan kembali ke Santiago Bernabeu dengan menyifatkan masa depannya masih lagi di Bayern Munich.

Pemain berusia 27 tahun itu dipinjamkan dari Real Madrid ke Bayern Munich secara pinjaman selama dua tahun yang bermula musim lalu.

Menurut sumber Goal, James turut menjelaskan berita mengatakan beliau mahu kembali bersama Real Madrid adalah perkara yang tidak benar.

”Saya fikir masa depan saya di sini (Bayern Munich). Kini terdapat banyak khabar angin mengenai masa depan saya, mereka bercakap mengenai banyak kelab.”

”Tetapi sekarang saya memikirkan mengenai Bayern Munich. Saya gembira untuk berada di sini.”

James juga tidak menolak sekiranya beliau bakal dibawa masuk secara tetap ke Allianz Arena.

”Ya, mengapa tidak? Bayern merupakan sebuah kelab yang besar, juga pasukan yang popular.”

”Saya baik-baik sahaja di sini dan mengapa saya tidak boleh kekal di kelab ini untuk beberapa tahun?”

”Jika mereka mahukan khidmat saya di sini, saya akan berterima kasih kepada mereka kerana meletakkan keyakinan buat saya, jadi saya merasai cinta mereka.”

”Mengapa tidak untuk kekal beberapa tahun di sini? Saya rasa ia adalah pilihan yang baik.”

James Rodriguez telah menjaringkan tujuh gol serta mencipta 11 bantuan jaringan pada musim pertamanya di Bundesliga dan beliau seolah-olah sudah ‘jatuh cinta’ dengan liga tersebut.

”Ia (Bundelisga) merupakan liga yang baik dan anda sentiasa beraksi di stadium yang penuh. Ia adalah liga dengan atmosfera yang hebat. Saya merasakan ia adalah liga yang saya begitu nikmati.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN