6 Pasukan Dikehendaki Membayar Tunggakan Gaji Dengan Segera

Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam mesyuarat khas kali kedua bagi penggal 2017-2021 kelmarin telah mengarahkan 6 pasukan yang terdiri daripada 1 pasukan Liga Super, 2 pasukan Liga Perdana dan 3 pasukan Liga FAM melangsaikan tunggakan gaji masing-masing berjumlah keseluruhan RM2.4 juta.

Menurut FAM, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dikehendaki membayar tunggakan gaji sebanyak RM55,000 kepada bekas pemain, Mohd Noor Hazrul dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

Jika KAFA gagal membayar jumlah yang dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi.

Dalam kenyataan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status FAM Mohd Joehari Ayub itu menyaksikan Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM FA) berdepan tuntutan tunggakan gaji paling tinggi berjumlah AS$180,000 (RM731,000) yang dikemukakan pemain, Abdulafees Abdulsalam.

Menerusi kenyataan sama, Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) juga berdepan isu tunggakan gaji berjumlah RM377,000 membabitkan tuntutan daripada lapan pemain mereka.

Pasukan yang sudah disingkirkan dari Liga Perdana musim ini, Kuantan FA terus dipalit isu tunggakan gaji dan kali ini tuntutan dikemukakan oleh lima jurulatih berjumlah RM671,000.

Jumlah itu merangkumi tunggakan gaji dan pampasan kontrak yang yang dituntut lima pegawai (jurulatih) termasuk ketua jurulatih, Ismail Zakaria.

Selain itu, Kuantan FA juga berdepan satu tuntutan tunggakan gaji daripada pemain, Abdul Malik Mat Ariff yang berjumlah RM70,000.

FAM turut menerima tuntutan pampasan baki kontrak daripada jurulatih, Mohd Zan Mat Aris berjumlah RM330,000 terhadap pasukan Piala FAM, Kelab Bolasepak Petaling Jaya Rangers (PJ Rangers FC).

Satu lagi kelab dari Piala FAM, Kelab Bolasepak Terengganu City (TCFC) juga diarahkan membayar tunggakan gaji sebanyak RM60,000 dan pampasan baki kontrak berjumlah RM120,000 kepada jurulatih, Roshadi Wahab.

Joehari menjelaskan kesemua tuntutan berkenaan perlu dilunaskan oleh persatuan dan kelab terbabit dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh penerimaan keputusan berkenaan.

Katanya, jika gagal membayar jumlah yang dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, perkara berkenaan akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN