PKNS FC Mahu Pastikan Perak Pulang Dengan Tangan Kosong

Perlawanan Liga Super yang terakhir melibatkan PKNS FC menentang Perak di Stadium Shah Alam malam ini pasti menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan kerana ia akan menentukan gelaran naib juara Liga Super musim ini.

Perak yang kini mengumpulkan 36 mata selepas 21 perlawanan amat memerlukan 3 mata penuh bagi mengesahkan kedudukan tempat kedua terbaik meninggalkan pesaing terdekat iaitu Pahang yang mengumpulkan 34 mata. Jika perlawanan berakhir dengan keputusan seri, mereka perlu menunggu keputusan perlawanan Pahang menentang Kelantan pada keesokan harinya.

Namun begitu, PKNS FC enggan memberikan laluan mudah kepada Perak dan mereka juga menyasarkan untuk berada dalam kelompok lima pasukan terbaik Liga Super musim ini.

“Selepas kalah dengan Pahang pada perlawanan lepas, kedudukan terbaik yang kami boleh dapat adalah kedudukan keempat liga.

“Walau apa sahaja ke­pu­tusan menentang Perak nanti, saya percaya barisan pemain sudah melakukan sedaya upaya pada musim ini.

“Secara jujur, petunjuk prestasi utama (KPI) yang diletakkan oleh pihak pengurusan kepada kami adalah untuk berada dalam kelompok lima terbaik dan saya berpuas hati kerana ia hampir direalisasikan,” kata pengurus PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid kepada Kosmo. 

Mahfizul juga gembira dengan sentuhan ketua ju­rulatih, Datuk K. Raja­gobal dan berharap momentum tersebut dapat diteruskan pada saingan Piala Malaysia yang dija­dualkan bermula bulan depan.

“Jurulatih kami (Rajagobal) telah menunjukkan prestasi yang cukup baik sepanjang musim apabila mempamerkan co­rak taktikal berbeza dalam saingan Liga Super dan Piala FA musim ini.

“Meskipun kami tidak bernasib baik apabila terkandas pada peringkat separuh akhir Piala FA bulan lalu, saya percaya saingan Piala Malaysia akan memberi dimensi berlainan buat pemain.

“Cuma, kami tidak mahu meletakkan sasaran terlalu tinggi tetapi sudah cukup untuk me­nyamai pencapaian edisi 2016 iaitu peringkat suku akhir,” katanya.

Berdasarkan rekod pertemuan di antara Perak menentang PKNS FC pada musim ini, ia lebih memihak kepda PKNS FC yang mencatat 2 kemenangan dan 1 keputusan seri. Perak pasti sudah ada perancangan untuk menewaskan skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN