Cristiano Ronaldo Dijatuhkan Hukuman Penjara 24 Bulan Kerana Tipu Cukai

Peminat bola sepak dunia dikejutkan dengan berita bintang baharu Juventus FC, Cristiano Ronaldo dikenakan denda sebanyak 3.2 juta euros (RM15.15 juta) serta dijatuhkan hukuman penjara selama 24 bulan selepas didapati bersalah menipu cukai dengan pihak berkuasa Sepanyol.

Walaubagaimanapun, kapten skuad kebangsaan Portugal itu kemungkinan tidak perlu menjalani hukuman berkenaan selepas bersetuju menyelesaikan kes berkenaan dengan pihak berkuasa percukaian Sepanyol, kata pihak pendakwaraya semalam.

Ronaldo dituduh dengan kesalahan mengelak cukai berjumlah 5.7 juta euros (RM26.99 juta) tetapi dia yang berpindah ke Itali bagi menyertai Juventus itu menafikan tuduhan berkenaan.

Menurut laporan daripada Independent, Ronaldo mungkin tidak akan dipenjarakan kerana undang-undang Sepanyol menyatakan pesalah atas kesalahan tidak membabitkan keganasan dan dikenakan hukuman penjara di bawah dua tahun untuk kesalahan pertama hanya perlu diletakkan dalam pemerhatian.

Selain itu, beliau dikehendaki membayar denda sebanyak 3.2 juta euros (RM15.15 juta) ditambah dengan 5.7 juta euros (RM26.99 juta) cukai tertunggak, 1 juta euros (RM4.73 juta) dan faedah 250 euros (RM1,183) sehari selama 48 bulan yang meliputi tempoh hukuman penjara berkenaan.

Begitupun, jumlah berkenaan mungkin hanya sebahagian daripada denda terhadap kes ke atas penyerang itu, yang dijangka meningkat kepada sekitar 19 juta euros (RM89.95 juta) secara keseluruhannya.

Pada tahun lepas, kerajaan Sepanyol menuduh Ronaldo mengelak cukai bernilai £13.1 juta. Ronaldo mencabar pertuduhan tersebut dengan memberitahu, hak imej yang mahu dituntut oleh Lembaga Cukai Sepanyol itu adalah hak imej pada 2004.

Beliau menyertai Real Madrid pada tahun 2010, jadi Ronaldo rasakan kerajaan Sepanyol tidak ada hak ke atas duit tersebut.

Sejak tahun 2015, urusan cukai untuk hak imej (pengiklanan) beliau telah diserahkan kepada pihak ketiga yang merupakan badan pengurusan cukai yang bebas. Syarikat tersebut berdaftar di Sepanyol.

Malah ketika itu, media dari Sepanyol, ITV melaporkan Ronaldo mengkritik dasar cukai di Sepanyol sangat teruk berbanding dengan England.

“Saya tidak pernah menghadapi masalah seperti ini ketika di England. Itulah sebabnya saya mahu kembali ke sana.”

“Saya masih ingat ketika saya tiba di England pada usia 18 tahun. Mereka menerangkan saya tentang perkara ini (cukai). Mereka memberitahu saya apa sistem dan saluran terbaik yang saya boleh gunakan.”

Ronaldo megakui di Sepanyol beliau tidak diberikan panduan seperti yang beliau dapat di England. Tiba-tiba ada arahan menyatakan cukai yang dibayar beliau tidak cukup.

“Berbeza dengan di Sepanyol, mereka hanya tahu memberitahu saya yang saya harus membayar lebih banyak lagi. Itu bukan masalahnya, saya sentiasa bersedia membayar apa yang saya patut bayar.” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN