Aston Villa Nafi Mahukan Henry, Beri Sokongan Penuh Kepada Steve Bruce

Steve Bruce mengakui dirinya tertekan dengan khabar angin yang mengaitkan beliau bakal digantikan dengan Thierry Henry.

Henry juga dilaporkan sudah bersedia untuk menggalas tugas tersebut selepas membantu Belgium menjadi pasukan ke-3 terbaik dunia dalam Piala Dunia 2018.

Henry menjadi pembantu Roberto Martinez di kem Belgium dalam Piala Dunia 2018. Beberapa media melaporkan yang Henry semakin hampir menjadi pengurus baru Aston Villa.

Mahukan kepastian akan hal itu, Steve Bruce telah berjumpa dengan pengurusan tertinggi Aston Villa untuk mendapatkan kepastian akan hal itu.

Selepas pertemuan itu, Aston Villa menyatakan yang khabar angin itu tidak berasas. Mereka memberikan sokongan 100% kepada Steve Bruce.

Bruce yang menjawat jawatan itu pada Oktober 2016 masih bercita-cita mahu membantu Aston Villa untuk layak semula ke EPL.

Musim penuh pertama beliau di Aston Villa, Bruce membantu kelab tersebut ke play off final namun mereka tewas di tangan Fulham.

Kegagalan dalam play off itu telah dikatakan bakal menyaksikan Bruce akan kehilangan jawatannya kerana Aston Villa mahukan wang kemenangan play off yang sangat tinggi itu.

2 pelabur besar dalam Aston Villa iaitu Nassef Sawiris dan Wes Edens menzahirkan sokongan tidak berbelah bagi kepada Bruce. Dalam kenyataan rasmi kelab, Aston Villa berkata:

“Aston Villa boleh mengesahkan yang pengurus Steve Bruce sudah berjumap dengan pemilih saham terbesar, Nassef Sawiris dan Wes Edens.”

“Steve Bruce akan meneruskan tugasan beliau sebagai pengurus dengan sokongan penuh daripada Nassef Sawiris dan Wes Edens.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN