Di era moden ini, kelab-kelab bola sepak perlu bersaing mengukuhkan dana kewangan agar mereka dapat merekrut pemain-pemain hebat menyertai pasukan mereka.
Lihat, bagaimana Paris Saint-Germain (PSG) membawa Neymar menyertai mereka dengan nilai perpindahan memecah rekod paling tertinggi di dunia.
Segalanya memerlukan wang, hanya wang bakal menentukan nasib dan perjalanan sesebuah pasukan.
Sekejap, bagaimana pula jika ada kelab-kelab bola sepak ingin membeli pemain baru tetapi modal kewangan mereka tidak mencukupi ?
Berikut merupakan 7 transaksi perpindahan paling aneh tanpa melibatkan wang tunai yang pernah dilakukan dalam sejarah bola sepak.
1. Kenneth Kristensen (75kg udang segar)
Kisah ini terjadi pada 16 tahun yang lalu selepas berakhirnya kejohanan Piala Dunia di Korea Selatan/Jepun.
Perpindahan paling pelik dalam sejarah bola sepak pernah terjadi melibatkan Kenneth Kristensen dan kelab Vindbjart Fotballklubb (FK).
Vindbjart merupakan sebuab kelab yang beraksi dalam saingan Liga Division tiga Norway.
Pada tahun 2002, Vindbjart berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang dari Norway tersebut dari Foley Football Club .
Sedang media sibuk mengeluarkan berita mengenai perpindahan Nicolas Anelka dariParis Saint-Germain ke Liverpool yang mencecah 13 juta Euro, tumpuan tiba-tiba terarah kepada berita tawaran perpindahan Kenneth Kristensen ke Vindbjart.
Pihak pengurusan Foley meminta Vindbjart supaya tidak perlu mengeluarkan sebarang transaksi berbentuk wang tunai jika mahu mendapatkan Kristensen.
Sebaliknya, Vindbjart perlu menyediakan sebanyak 75kg udang segar kepada mereka.
Berita perpindahan itu telah menjadi “trending” di media antarabangsa pada tahun tersebut.
2. CSM Jiul Petroșani (10 biji bola & 500kg daging khinzir)
CSM Jiul Petroșani. Kelab ini mula dikenali selepas melakukan dua kali perpindahan pemain mereka tanpa melibatkan wang tunai.
CSM Jiul Petroșani merupakan sebuab kelab dari Romania.
Pada tahun 1998, kelab tersebut telah menerima tawaran dari kelab Fotbal Club UTA Arad untuk mendapatkan khidmat pemain mereka, iaitu Liviu Baicea.
UTA Arad memberi tawaran sebanyak 10 biji bola kepada Petroșani.
Pada tahun yang sama, Petroșani sekali lagi menjual pemain mereka bernama Ion Radu kepada kelab SCM Râmnicu Vâlcea
Nilai perpindahan Ion Radu berbentuk daging khinzir.
Sebanyak 500kg daging khinzir yang perlu disediakan oleh kelab Vâlcea untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut.
Dalam satu sidang media, jurucakap Petroșani telah memaklumkan mengenai isu perpindahan Ion Radu ke Vâlcea.
Beliau menerangkan bahawa daging khinzir yang diberikan oleh Vâlcea akan dijual dan digunakan untuk membayar gaji para pemain Petroșani.
Namun, penerangan yang diberikan itu telah mendapat kritikan para penyokong.
Penyokong mengkritik tindakan pengurusan Petroșani dengan mempersoalkan mengapa mereka tidak menjual pemain dengan meminta wang?, kemudian tidak perlu bersusah payah sehingga perlu menjual daging untuk bayar gaji pemain.
3. Marius Cioara (15kg daging sosej)
Selain kisah Petroșani, bola sepak Romania juga pernah dikejutkan dengan berita perpindahan pemain bola sepak yang agak unik.
Seorang pemain dari kelab UTA Arad bernama Marius Cioara telah dijual ke Regal Hornia dengan nilai perpindahan berbentuk daging sosej.
Hornia bersetuju untuk menyediakan sebanyak 15kg daging sosej kepada UTA Arad.
Transaksi tersebut menjadi bahan ketawa peminat bola sepak di Romania.
Mereka menganggap bahawa nilai kehebatan Cioara hanya seperti daging sosej.
Dek kerana tidak tahan menangung malu, Cioara memutuskan untuk bersara dari dunia bola sepak.
Hal tersebut mencetuskan kemarahan pihak pengurusan Hornia, dengan mendakwa pemain itu telah melanggar perjanjian kontrak.
Horni mendesak UTA Arad menyerahkan kembali jumlah sosej yang diberikan sebagai tanda pembatalkan urusan jual beli pemain tersebut.
4. Hugh McLenahan (Aiskrim)
Tahukah anda, Manchester United juga pernah terlibat dalam urusan jual beli pemain tanpa melibatkan wang tunai.
Kejadian ini berlaku semasa tahun 1927 di era pemilik George Lawton.
Pada ketika itu, Manchester United dibimbing oleh Herbert Bamlett dan pembantunya iaitu Louis Rocca.
Herbert Bamlett berminat untuk mendapatkan khidmat Hugh McLenahan selepas mendapati pemain itu beraksi cemerlang bersama Stockport County.
Namun, segalanya bukan mudah memandangkan dana kewangan United ketika itu mengalami sedikit kemerosotan.
Pihak pengurusan berusaha mencari langkah drastik untuk membawa pemain itu menyertai mereka dalam masa terdekat.
Mujurlah pada masa itu, pembantu jurulatih, Rocca merupakan seorang usahawan terkenal di Manchester.
Beliau membuka perniagaan aiskrim disana dan diiktiraf antara usahawan paling berjaya ketika itu.
Pihak pengurusan memujuk Rocca agar menyediakan sejumlah aiskrim untuk membeli Hugh McLenahan.
United mendapati Stockport sedang mengadakan jualan makanan untuk mengurangkan kesulitan masalah kewangan mereka.
Jadi, kesempatan tersebut diambil sebaiknya dengan Rocca bersetuju untuk menyumbangkan satu set peti ais yang dipenuh aiskrim sebagai transaksi pertukaran McLenahan.
Perkara tersebut mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.
Bagi Rocca, beliau percaya berita pembelian McLenahan ini akan dapat menaikkan nama dan reputasi perniagaan aiskrimnya di seluruh England.
Urusan jual beli tersebut berjaya dilakukan. McLenahan telah beraksi bersama United dalam 112 perlawanan dan berjaya menjaringkan 9 gol untuk pasukan.
5. Ian Wright (Alatan bina badan)
Karier pemulaan lagenda Arsenal dan England ini bermula pada tahun 1985.
Bakat beliau dikesan oleh pencari bakat dari Crystal Palace yang bernama Peter Prentice.
Prentice melihat aksi Wright semasa bermain bersama Greenwich Borough ketika berusia 21 tahun.
Pretice mencadangkan nama beliau masuk dalamr radar Crystal Palace sebagai calon pemain baru untuk pasukan mereka pada musim hadapan.
Menurut laporan, Crystal Palace berjaya mendapatkan khidmat Ian Wright hanya dengan memberikan set alatan latihan bina badan kepada Greenwich Borough.
6. John Barnes (Set pakaian sukan)
John Charles Bryan Barnes merupakan pemain berdarah Jamaica yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan England dan Liverpool di era 1980an.
Barnes memulakan karier profesionalnya bersama pasukan Sudbury Court pada tahun 1980.
Selama satu musim bersama Sudbury Court, Watford berminat untuk mendapatkan pemain ini.
Sudbury Court menjual Barnes kepada Watford dengan transaksi melibatkan set pakaian bola sepak.
Namun, tiada maklumat sebenar berapakah kuantiti set pakaian sukan yang diberikan Watford untuk mendapatkan khidmat Barnes.
7. Franco Di Santo (Bola, gawang gol dan cat)
Franco Matías Di Santo merupakan pemain kelahiran Argentina yang pernah beraksi bersama Chelsea, Wigan Athletic dan Werder Bremen.
Di Santo memulakan kerjaya bola sepak bersama kelab akademi di Argentina, Tiro Suizo.
Beliau mendapat peluang untuk mengembangkan bakatnya ke sebuah pasukan di Chile iaitu Audax Italiano.
Nilai yang perlu dibayar oleh Audax Italiano untuk mendapatkan Di Santo hanya dengan 12 biji bola, 2 set gawang gol dan 40 liter tong berisi cat.
Dua tahun kemudian, Chelsea membayar 4.5 juta Euro kepada Audax Italiano.
8. Zat Knight (30 set tracksuit)
Zat Knight merupakan pemain pertahanan kelahiran England.
Sebelum menyertai Fulham, Knight merupakan produk akademi dari kelab Rushall Olympic.
Knight menyertai Rushall Olympic bukan sebagai pemain yang berdaftar.
Fulham amat berminat untuk mendapatkan pemain ini. Akan tetapi pihak pengurusan enggan mengeluarkan wang untuk urusan pembelian pemain tersebut.
Pihak Olympic tidak mahu melepaskan Knight meskipun mereka mengetahui pemain itu tidak terikat dengan mana-mana agen mahupun kontrak.
Walau bagaimanapun, pemilik kelab, Mohamed Al-Fayed telah bersetuju untuk memberikan 30 set tracksuit sebagai tanda terima kasih kepada Olympic.