Irfan Mahu Pastikan Terengganu FC Berada Dalam Kedudukan Tiga Teratas Liga Super

Perlawanan menentang Kelantan dalam aksi Liga Super di Satadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan Terengganu FC (TFC) untuk memungut 3 mata penuh.

Pengendali TFC, Irfan Bakti Abu Salim berkata kepada Berita Harian, yakin dengan kemampuan pasukannya untuk menamatkan saingan Liga Super musim ini dalam kalangan tiga terbaik.

Justeru itu, beliau mahu memastikan TFC menang tanpa seri dan kalah dalam dua aksi terakhir bertemu Kelantan di tempat sendiri malam esok dan Selangor di Stadium Shah Alam, Ahad depan.

“Keyakinan kami berdasarkan prestasi semasa pemain yang dilihat begitu bersemangat untuk menewaskan Kelantan malam esok seperti yang dipamerkan ketika sesi latihan.

“Saya juga percaya pemain mampu melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan untuk merekod kemenangan dalam dua aksi terakhir bagi memastikan impian itu tercapai,” ujar Irfan.

Kesebelasan utama pasukan Terengganu FC ketika menentang JDT. FOTO: TFC

Skuad yang terkenal dengan julukan Peteh Terengganu Peteh dijangka menerima tentangan sengit pasukan The Red Warriors kerana skuad kendalian Yusri Che Lah juga berhajat untuk menang bagi merebut tiket beraksi di Piala Malaysia.

“Walaupun skuad itu kini berada di tangga tercorot liga, tapi saya ingatkan pemain supaya tidak mengambil mudah kerana mereka juga berhajat untuk memburu kemenangan apatah lagi sebahagian besar pemain mereka adalah masih muda.

“Justeru saya harapkan pemain berusaha keras kerana tiada jalan pintas untuk mencatat kemenangan selain perlu mengamalkan disiplin tinggi di tengah padang.

“Pemain juga perlu kreatif dan cerdik serta memanfaatkan peluang terhidang kerana inilah medan terbaik buat pasukan untuk mencatat kemenangan kerana beraksi di laman sendiri sebelum bertandang ke gelanggang lawan bertemu Selangor,” kata Irfan.

Sesi latihan skuad Terengganu FC. FOTO: TFC

Terengganu kini menghuni di kedudukan ke 6 selepas 20 perlawanan dengan mengumpulkan 31 mata. Kemenangan ke atas Kelantan akan menghidupkan peluang mereka untuk bersaing dengan Perak dan Pahang merebut gelaran naib juara Liga Super di perlawanan terakhir nanti.

Irfan kini lega kerana semua pemainnya bebas daripada sebarang kecederaan atau penggantungan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN