Tak Kisah Ke Mana-Mana Liga, Joe Hart Mahu Tinggalkan Manchester City

Apakah nasib yang bakal menanti Joe Hart di Manchester City?

Bekas penjaga gol England itu mengalami ketidaktentuan masa depan di Manchester City.

Oleh kerana itu, beliau memutuskan untuk berpindah dari kelab tersebut demi mendapatkan masa bermain.

Menurut Hart, beliau tidak mahu keluar dari Manchester City sebagai pemain pinjaman lagi.

Sebaliknya, beliau mahu berpindah terus dari kelab tersebut ke pasukan lain.

“Saya merupakan pemain berpengalaman, saya telah bermain di peringkat tertinggi bola sepak dan telah berikan banyak kepada sukan ini.”

Kata Hart, perpindahan pinjaman beliau ke Torino dan West Ham United jelas tidak memberikan keuntungan kepada beliau.

Hasilnya, beliau terlepas dari menyertai skuad England ke Piala Dunia 2018.

“Saya perlu menjadi pemain yang penting dalam pasukan dan saya rasa perkara itu boleh terjadi menerusi perpindahan kekal.”

Dalam masa yang sama, Hart menegaskan beliau tidak kisah untuk beraksi di mana-mana liga asalkan beliau dapat bermain.

“Saya tidak ada katakan tidak kepada mana-mana liga.”

“Saya terbuka, saya mahu lakukan apa yang betul kepada diri saya di peringkat karier saya ketika ini. Saya mahu berikan seluruh diri saya untuk tujuan yang baik.”

“Saya suka semua liga. Saya telah buktikannya. Saya telah beraksi di Serie A dan saya sukakannya.”

Hart kini merupakan penjaga gol pilhan ketiga di Manchester City dibelakang Ederson Moraes dan juga Claudio Bravo.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN