Mesut Ozil Umumkan Persaraan Daripada Skuad Kebangsaan Jerman

Ozil

Pemain tengah kreatif, Mesut Ozil mengejutkan kancah bola sepak dunia apabila beliau mengumumkan untuk bersara dari mewakili skuad kebangsaan Jerman.

Keputusan itu dibuat selepas Ozil mendakwa beliau menerima layanan buruk daripada Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) yang mana presiden DFB, Reinhard Grindel menjadi tumpuan utama.

Antara sebab yang menjurus kepada berita mengejutkan ini adalah kerana Ozil dikritik hebat ekoran persembahan longlai skuad Jerman di saingan Piala Dunia 2018 tempoh hari.

Dalam pada itu, pertemuan beliau dan Ilkay Gundogan menemui Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan pada bulan Mei yang lalu juga menyebabkan kesetiaan beliau turut dipersoal.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan pemain yang beraksi bersama Arsenal ini, Ozil berkata:

”Saya tidak mahu lagi untuk menjadi kambing hitam dek kerana ketidakcekapan dan ketidakupayaannya (Reinhard Grindel) dalam melakukan tugas dengan baik.”

Pemain berusia 29 tahun itu juga mendakwa Grindel turut bertindak memainkan isu perkauman terhadapnya.

”Saya merupakan warga Jerman ketika kami memperoleh kemenangan tetapi saya adalan seorang imigran sekiranya kami kalah.”

Sepanjang sembilan tahun bersama skuad kebangsaan Jerman, Ozil telah membuat 92 penampilan dan menjaringkan 23 gol.

Beliau turut mengganggotai skuad juara Piala Dunia 2014 dan membantu Jerman melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Kejuaraan Eropah 2012 dan 2016.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN