Henry Bakal Dilantik Sebagai Pengurus Baharu Aston Villa

Bekas bintang Arsenal, Thierry Henry akan menjadi calon senarai pendek menggantikan Steve Bruce selaku pengurus Aston Villa sekiranya pemilik baru kelab itu mahu melakukan perubahan.

Villa telah mengumumkan bahawa jutawan Mesir, Nassef Sawiris, dengan kekayaan dilaporkan bernilai hampir STG5 bilion (RM26.7 bilion) dan rakan perniagaannya, Wes Edens, pemilik bersama Milwaukee Bucks, akan menyuntik ‘pelaburan nyata’ kepada kelab Liga Kejuaraan Inggeris itu.

https://twitter.com/belNSOCCER/status/1020586486046117889

Pasangan itu dilaporkan membeli 55 peratus saham kelab itu daripada bekas pemiliknya, Tony Xia dan kini memiliki kuasa seterusnya menyukarkan posisi Bruce.

Sportsmail difahamkan Sawiris dan Edens sedang memikirkan untuk mengambil ‘orang mereka’ dan mengenal pasti legenda Arsenal, Henry sebagai calon berpotensi menggantikan Bruce.

Sumber mendedahkan, Bruce mungkin akan terus mengetuai kempen musim baru ini selepas hampir membawa kelab itu ke Liga Perdana dengan perbelanjaan terhad.

Tarikan terhadap bekas pemain Perancis itu memang jelas apabila beliau memainkan peranan penting bersama staf kejurulatihan Roberto Martinez ketika Belgium meraih kedudukan ketiga Piala Dunia dan berminat untuk mendapatkan tugas utama pada langkah pertama bidang pengurusan.

Henry minggu ini mendedahkan menerusi Twitter beliau mahu meletak jawatan selaku pengulas di Sky Sports untuk memberi fokus kepada usahanya menjadi bos kelab.

Sama ada tugas di Villa akan menjadi sesuatu yang menarik buat bekas pemain berusia 40 tahun itu hanya akan dapat ditentukan bergantung kepada tahap pelaburan boleh diberikan Edens dan Sawiris.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN