Masa depan Gareth Bale di Santiago Bernabeu juga masih samar dengan pemain kebangsaan Wales itu kelihatan turut kelihatan bakal mengikut jejak langkah Cristiano Ronaldo meninggalkan Real Madrid.
Bagaimanapun terdapat perkara yang mungkin akan menggagalkan usaha tersebut iaitu berkenaan isu gaji.
Bagi pundit bola sepak yang merupakan bekas penyerang antarabangsa Wales, Craig Bellamy, beliau merasakan tiada kelab yang mampu untuk memenuhi tuntutan gaji Bale.
”Ke mana dia (Gareth Bale) akan pergi? Manchester United tidak akan dapat membayar gajinya. Tidak ada kelab yang boleh. Hanya ada satu kelab sahaja yang boleh membayar gajinya.”
”Itulah dunianya (Real Madrid) ketika ini. Gajinya memerlukan potongan yang tinggi untuk dia berhijrah ke mana-mana pasukan lain.”
”Bagaimana boleh satu kelab datang dan membelanjakan £80 juta atau £90 juta?
”Saya tahu bahawa Juventus melakukannya untuk Ronaldo tetapi Ronaldo adalah tujuan yang berbeza, itu adalah perbezaan dalam dunia perniagaan.”
”Tetapi Gareth, bagaimana dia boleh pergi dan membelanjakan £80 juta, £90 juta atau £100 juta untuk seorang pemain yang belum dapat dipastikan untuk mendapatkan pulangan?”
”Mungkin sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tetapi Gareth tidak akan menjadi sebahagian daripada perjanjian pertukaran, dia merupakan yang terlalu bagus untuk keadaan tersebut.”
”Jadi, saya tidak nampak ia menjadi langkah yang mungkin bagi sesiapa sahaja untuk mendapatkan khidmatnya.”
Walaupun dua jaringannya membantu Real Madrid menjuarai Liga Juara-Juara Eropah musim 2017/18, Zinedine Zidane lebih banyak meletakkan Bale di bangku simpanan yang membayangkan persoalan yang begitu besar buat masa depannya di Real Madrid ketika ini.