Pemain baharu Liverpool, Naby Keita melaungkan cabaran yang beliau dan pasukannya kini bersedia untuk mencabar kejuaraan.
Lawan mereka yang menjadi tumpuan adalah juara Premier League pada musim lalu iaitu Manchester City.
Dari sudut pandang beliau, Keita mengakui pasukannya mempunyai kualiti yang cukup untuk mencabar kejuaraan pada musim ini.
Liverpool telah membeli Fabinho, Xherdan Shaqiri dan Alisson Becker pada awal musim baharu ini.
“Saya sedar kami punya kualiti yang mencukupi.”
“Ianya semua mengenai mentaliti dan kemahuan untuk menang dan berjuang untuknya. Saya rasa perjalanan akan jadi panjang untuk ada kemahuan dan kepercayaan itu.”
Dalam masa yang sama, Keita mengakui beliau tidak gusar akan landskap bola sepak Premier League yang lebih terarah kepada pertarungan fizikal.
“Saya tak rasa perihal fizikal itu akan berikan banyak kesan negatif kepada saya.”
“Saya banyak menonton bola sepak Inggeris sebelum ini dan saya sudah mula membiasakan diri dengan aspek fizikal sebegini.”
“Menerusi perlawanan pra-musim, diharap saya dapat mempercepat proses untuk mensesuaikan diri. Memenangi bola adalah satu perkara yang saya suka.”
Tambah Keita, mentaliti mahu menang yang ada pada dirinya mendorong kepada persembahan bertenaga beliau ketika di atas padang.
“Saya merupakan pemain yang mempunyai mentaliti mahu menang yang sebenar.”
“Saya ada keinginan mahu menang. Sebab itu saya agresif dalam cara positif ketika berada di atas padang.”