Zinedine Zidane Tak Tertarik Ganti Didier Deschamps Latih Perancis

Zidane

Perancis menikmati kejayaan yang mereka cukup gemari apabila menjuarai Piala Dunia buat kali kedua tempoh hari.

Mereka menjulang kejuaraan Piala Dunia 2018 selepas menewaskan Croatia di perlawanan akhir.

Skuad Les Blues itu mengulangi kejayaan 20 tahun lalu apabila menjulang kejuaraan yang sama di laman sendiri.

Pelbagai pihak yang mengangkat nama Didier Deschamps diatas kejayaan itu.

Namun ada khabar yang mengatakan, bekas pengurus Real Madrid iaitu Zinedine Zidane dikaitkan untuk menggantikan Deschamps sebagai jurulatih Perancis.

Real Madrid’s French coach Zinedine Zidane gives a press conference to announce his resignation in Madrid on May 31, 2018. (Photo by PIERRE-PHILIPPE MARCOU / AFP) (Photo credit should read PIERRE-PHILIPPE MARCOU/AFP/Getty Images)

Walaupun begitu, pihak Perancis FA telah mengesahkan bekas kapten Perancis itu tidak berminat untuk mengemudi negara beliau sekali lagi sebagai jurulatih.

“Kami mempunyai kontrak bersama Didier Deschamps sehingga tahun 2020.”

“Deschamps adalah seorang jurulatih yang cukup berkerja keras. Beliau bersama staf beliau menghabiskan masa yang cukup banyak memerhatikan pemain itu dan ini.”

Pihak Perancis FA dalam masa yang sama mengesahkan Deschamps sekali lagi akan mengemudi Perancis dalam kejohanan utama pada masa hadapan.

Tugas seterusnya menanti Deshcamps adalah membawa Perancis memenangi kejuaraan EURO pada tahun 2020 yang akan diadakan di serata Eropah.

Didier Deschamps during the 2018 FIFA World Cup Russia group C match between Denmark and France at Luzhniki Stadium on June 26, 2018 in Moscow, Russia.

“Kadang kala, kita perlukan sedikit nasib baik dalam kerja kita. Tetapi dalam hal Deschamps ini, apa yang beliau lakukan cukup baik.”

“Untuk perlawanan pertama di kejohanan EURO 2020, beliau akan berada di sana bersama pasukan Perancis.”

Rekod Deshcamps cukup baik sebagai jurulatih Perancis, beliau menjadi naib johan EURO 2016 dan juara Piala Dunia 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN