Cesc Fabregas Mahu Chelsea Pertahankan Eden Hazard Supaya Terus Kekal Di Stamford Bridge

Fabregas

Pemain tengah kelahiran Sepanyol, Cesc Fabregas berpendapat bahawa Chelsea memerlukan Eden Hazard untuk kekal di kelab tersebut sekiranya mahu meraih kejuaraan.

Hazard yang telah bersama Chelsea sejak tahun 2012 menjadi sandaran utama buat The Blues bagi meraih dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, perkembangan terkini melihatkan kecenderungan kapten Belgium itu untuk memilih haluan ke Santiago Bernabeu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Cristiano Ronaldo.

Bagi Fabregas, beliau mahu Chelsea untuk mempertahankan rakan sepasukannya itu di London.

”Saya merasakan dia (Eden Hazard) adalah pemain terbaik buat kami (Chelsea).”

Fabregas
LONDON, ENGLAND – MAY 21: Cesc Fabregas and Eden Hazard of Chelsea pose with the Premier League trophy after the Premier League match between Chelsea and Sunderland at Stamford Bridge on May 21, 2017 in London, England. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

”Kami adalah kelab ternama, kami mahu menjadi pasukan yang hebat, kami mahu memenangi sesuatu dan untuk keperluan itu, kami memerlukan pemain terbaik kami.”

”Eden (Hazard) merupakan salah seorang daripadanya.”

”Dia merupakan pemain yang paling penting buat kami. Semua orang menyayanginya. Para penyokong, kelab ini, para pemain dan kami memerlukannya. Dia tahu mengenai perkara ini.”

Fabregas kini menyertai pasukan dalam latihan pra-musim di Perth, Australia manakala Hazard masih bercuti selepas membantu Belgium meraih tempat ketiga dalam saingan Piala Dunia di Rusia tempoh hari.

Berita mengenai penghijrahan bintang antarabangsa Belgium itu ke Real Madrid dilihat semakin hampir selepas menurut laporan dari Goal, Chelsea dan gergasi Sepanyol itu dikhabarkan telah bersetuju dengan nilai €190 juta buat pemain terbabit.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN