Akibat Malu, Kalinic Memulangkan Semula Pingat Perak Piala Dunia

Nikola Kalinic akan menjadi salah satu nama yang akan kekal dalam sejarah pemain paling malang dalam sejarah bola sepak.

Sikap ego beliau telah memakan diri membuatkan namanya tidak dikenang dalam senarai wira-wira negara yang mengharumkan nama Croatia di Piala Dunia 2018.

Merasakan dirinya bintang Serie A dan pernah menjadi rebutan banyak kelab dan akhirnya memilih AC Milan beliau telah bertindak di luar batasan.

Ini apabila beliau telah bertindak menjadikan dirinya lebih besar daripada pasukan. Walaupun beliau sebenarnya bergelut dengan prestasi ketika di AC Milan sepanjang musim 2017/18.

Apa yang berlaku adalah, Kalinic telah diarahkan pulang oleh Zlatko Dalic (jurulatih Croatia) selepas enggan memanaskan badan dalam perlawanan menentang Nigeria ketika perlawanan pertama pasukan mereka.

Kalinic kecewa kerana tiada dalam kesebelasan utama. Dalic mengarahkan Kalinic memanaskan badan untuk persediaan untuk dimasukkan pada bila bila masa pada separuh masa kedua.

Semua pemain profesional akan sentiasa bersedia dan memanaskan badan. Pada minit ke-85, ketika negaranya memerlukan khidmatnya, Dalic meminta Kalinic masuk walaupun Kalinic tidak memanaskan badan.

Kalinic menolak dan menyatakan dia sakit belakang. Sebelum itu Kalinic juga ponteng ketika dipanggil untuk perlawanan pemanas menentang Brazil di Anfield. Dia tidak hadir ke pusat latihan seperti yang ditetapkan.

Itu antara sebab kenapa dia tak diletakkan dalam kesebelasan utama. Ini kerana perlawanan pertama sangat penting. Kalinic turut tidak meraikan kemenangan pasukannya ketika menang 2-0 ke atas Nigeria.

Dia merasakan dirinya bintang. Lebih-lebih lagi Dalic tetap memanggil beliau kerana Croatia manalah ada pilihan pemain yang banyak.

Dalic bengang selepas insiden dalam perlawnana menentang Nigeria itu dan mengarahkan Kalinic pulang. Croatia mengharungi baki kempen dengan 22 pemain.

Namun, pasukan ini mara sehingga ke perlawanan akhir. Pencapaian terbaik dalam sejarah negara mereka. Mereka tewas di tangan Perancis pada final.

Kalinic layak menerima pingat perak itu, namun selepas malu kerana menyedari dirinya tidak layak, dia telah memulangkannya. Dia dengan mesej ringkas berkata:

“Terima kasih, tetapi saya tidak ada bermain langsung di Rusia.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN