Adakah Arsene Wenger Bakal Jadi Pengendali Baharu Pasukan Jepun?

Laporan dari Fox Sport Asia mengatakan Arsene Wenger adalah antara calon yang dipertimbangkan untuk menjadi pengurus baru pasukan Samurai Biru, Jepun.

Wenger menjelaskan pendirian beliau yang tidak akan bersara dari pengurusan selepas meninggalkan Arsenal pada penghujung musim lalu.

(Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Jurulatih berbangsa Perancis itu sering kali dikaitkan dengan Real Madrid dan juga Paris Saint-Germain, sebelum kedua-dua kelab itu mengumumkan pengurus pilihan masing-masing.

Spekulasi terkini yang mengaitkan bekas pengurus The Gunners ini ialah untuk mengendalikan pasukan kebangsaan Jepun dan jika ianya benar, ia bukanlah kali pertama Wenger berkelana ke negara matahari terbit itu.

Sebelum ini, Wenger pernah menyertai Nagoya Grampus Eight di Liga Jepun sekitar tahun 1995 sehingga 1996 dan berjaya kelab Jepun itu menjuarai dua kejuaraan.

Arsene WENGER – 20.04.1995 – Entrainement Nagoya Grampus – J League, Photo : Alain Gadoffre / Icon Sport

Kontrak pengurus skuad Piala Dunia Jepun, Akira Nishiro akan tamat pada penghujung bulan ini setelah tampil sebagai pengendali sementara sebelum Piala Dunia yang lalu untuk menggantikan Vahid Halilhodzic.

Nishino dan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) sebelum ini mengesahkan kedua-dua pihak tidak akan menyambung kontrak tersebut walaupun Jepun melalui kempen yang dianggap berjaya di Rusia.

Di Rusia 2018, Nishino berjaya membawa Jepun melangkah ke suku akhir buat pertama kali  di dalam sejarah bola sepak negara mereka.

VOLGOGRAD, RUSSIA JUNE 28, 2018: Japan’s Gotoku Sakai, Gaku Shibasaki, Yoshinori Muto, Yuto Nagatomo, Shinji Okazaki (L-R 1st row), Hiroki Sakai, Hotaru Yamaguchi, Takashi Usami, Tomoaki Makino, Maya Yoshida, and goalkeeper Eiji Kawashima (L-R 2nd row) pose for a group photo ahead of their 2018 FIFA World Cup Group H football match against Poland at Volgograd Arena Stadium. Anton Novoderezhkin/TASS (Photo by Anton NovoderezhkinTASS via Getty Images)

Malah aksi mereka di suku akhir hampir mengejutkan Belgium, dengan corak permainan menyerang berani dan taktikal pasukan yang menarik.

Selain Wenger, nama lain yang turut dikaitkan dengan Jepun ialah bekas pengendali Jerman dan USA, Jurgen Klinsmann.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN