Santi Cazorla mengharungi detik sukar dalam karier beliau sejak 2016 apabila mengharungi kecederaan panjang.
Kini selepas berehat panjang, bekas pemain Arsenal itu kini sudah melakukan langkah-langkah untuk kembali beraksi dalam musim baharu bersama Villareal.
Pemain yang terkenal dengan kebolehan menggunakan kedua-dua kaki dengan baik ini sudah mula kembali beraksi untuk pasukan baharunya dalam saingan pra-musim.
Cazorla muncul dalam 15 minit terakhir dalam aksi persahabatan antara Villareal dan juga Hercules.
Menurut Cazorla, beliau bersyukur kerana dapat kembali beraksi selepas lama menyepi.
“Sukar untuk gambarkan perasaan selepas sudah lama tidak beraksi di atas padang.”
“Untuk menjadi pemain bola sepak semula, untuk kembali merasa rasa sayang yang diberikan oleh peminat dan penerimaan yang diberikan oleh mereka.”
Menurut Cazorla ketika ini, fokus yang ada dalam diri beliau adalah mahu untuk segera sembuh sepenuhnya dari kecederaan yang dialami beliau.
“Apa yang saya fikirkan sekarang adalah untuk menghapuskan rasa sakit secepat yang boleh kerana ketika ini saya tidak boleh menikmati perkara yang saya lakukan.”
“Saya mahu berlatih bersama-sama dengan rakan sepasukan saya dan menjadi pemain bola sepak semula.”
Cazorla turut berasa gembira apabila beliau diberikan layanan yang baik selepas kembali semula ke kelab lamanya iaitu Villareal.
“Mereka melayan saya dengan cukup baik sejak dari hari pertama saja berada di sini.”
“Ia seperti saya tidak pernah tinggalkan kelab ini.”