Cabaran Pemain Dalam Bola Sepak Moden, Bakat vs Etika Media Sosial

Kita seringkali melihat ramai pemain yang tersalah menggunakan media sosial. Ada yang memberikan respon terlalu emosi dan tidak menyedari akan nilai media sosial yang mewakili mereka secara peribadi.

Seorang peminat bola sepak Mohd Afiq ada pandangan ikhlas tentang perkara ini. Ini pandangan beliau.

Pemain profesional dan media sosial

Dalam tak sedar liga bolasepak Malaysia sudah hampir ke garisan penamat. Piala Malaysia bakal menjengah tidak lama lagi.

Seperti tahun sebelumnya, banyak kisah yang terpahat sepanjang perjalanan liga Malaysia ini baik dari segi pasukan, pemain dan penyokong.

(Sumber: Cameron Spencer/Getty Images)

Dasawarsa ini, penulis lihat satu senario dimana jurang antara pemain dan penyokong berlaku. Banyak sindiran, makian dan hentaman saling berlaku antara penyokong dan pemain sendiri.

Apakah puncanya?

Media sosial merupakan salah satu puncanya. Tak perlu dikisahkan lebih lanjut anda lebih mengetahui rasanya.

Dalam subjek Prinsip Kewartawanan, media sosial merupakan suatu medium terkini dalam aliran media dalam menyampaikan maklumat dan sebenarnya menjadi medium baharu dalam perhubungan.

Namun dalam situasi liga Malaysia media sosial dilihat agak kronik dalam penggunaanya. Kami sebagai penyokong tidak mempunyai kenalan besar dan bukan ‘role model’ kepada siapa.

Maka apa tindakan kami jarang diambil kisah dan terus berlalu, penulis tidak menyebelahi penyokong yang lantang bersuara dan menghentam sesuatu isu yang panas.

Namun dalam situasi anda sebagai pemain bolasepak, anda sepatutnya lebih bijak menghadapi situasi ini. Anda berada di garis sempadan yang berbeza.

Sebab itu anda dibayar gaji sangat tinggi kerana sebahagian ‘hidup’ anda sudah diambil oleh kelab ataupun bola sepak profesional anda.

Jangan menangguk di air keruh jika mentaliti anda tidak sekuat mana menahan keruhnya.

Penulis juga lantang dalam mempertahankan hak. Namun saya siapa?

Sekadar tin kosong yang menggunakan aplikasi media sosial sekadar hiburan ringan lelucon bodoh dan tidak sesekali tidak menyalah gunakannya sebagai medium untuk aku menghasut atau menyampaikan fakta tidak benar.

Jika ada sekalipun bermakna penulis tersilap dan akan terus memadamnya.

Bagaimana etika pemain dalam menggunakan laman sosial? Ya, anda mempunyai nama besar dan layak menggunakan media sosial dalam menarik pengaruh pengguna lain untuk menyokong anda dan pasukan.

Namun batas anda dalam penggunaan media sosial tetap ada. Tak perlu dikongsikan perkara yang tidak perlu.

Tak perlu membalas komen yang tidak perlu. Jika perlu anda cukup memadam komen berbaur hasutan di media sosial anda untuk mengelakkan benda lebih buruk berlaku.

Harus diingat setiap tingkahlaku anda diperhatikan ramai. Dalam ramai yang menyokong anda ketahuilah ramai yang berharap kejatuhan anda dan terus menekan anda.

Walaupun anda mempunyai bakat setinggi gunung namun etika anda tidak ada maka anda tidak kemana. Ambillah pengajaran daripada nama pemain besar liga bolasepak luar negara sana.

Kebanyakan pemain dalam liga Malaysia seringkali mencapai maximum peak pada usia tak sepatutnya yang boleh mereka kembangkan lagi kerana salah satu faktor etika dalam diri.

Jangan ego untuk menyedari hakikat diri sendiri. Tak perlu menyindir mana-mana pihak ketika anda jatuh.

Muhasabah diri dan fikir apa perlu dilakukan untuk mengubah diri dan pasukan. Gunakan bakat anda yang tidak ramai ada untuk memajukan diri sendiri.

Dan ya, kurangkan penggunaan media sosial rasmi anda untuk berkongsi sebarang gambar atau posting yang tak perlu. Gunakan laman rasmi untuk berkongsi sebarang maklumat.

Dan menggunakan pengaruh anda untuk menarik minat ramai menyokong pasukan itu yang diperlukan sebenarnya. Bukan posting murahan yang diperlukan.

Nota Editor: Ini adalah pandangan peribadi oleh Mohd Afiq yang merupakan peminat bola sepak tempatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN