Tahun demi tahun, perdebatan semakin diteruskan untuk menentukan siapakah pemain terbaik di dunia – Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo.
Perdebatan ini bukanlah melibatkan para penyokong sahaja, tetapi melibatkan para pemain profesional juga.
Baru-baru ini, Wayne Rooney telah memilih di pihak mana beliau bersama.
Penyerang DC United itu memilih Messi sebagai pemain terbaik di dunia.
Dalam sebuah podcast yang disertai beliau, Rooney memilih Messi berbanding Ronaldo dengan beliau menyifatkan pemain itu adalah pemain terbaik sepanjang zaman.
“Saya pernah katakan sebelum ini, yang dua pemain ini (Messi & Ronaldo) merupakan dua pemain terbaik yang pernah ada bermain bola sepak ini.”
“Cuma di mata saya, Lionel Messi adalah yang terbaik.”
Kenyataan yang dikeluarkan Rooney itu sedikit sebanyak membangkitkan persoalan.
Hal ini kerana, beliau dan Ronaldo pernah beraksi bersama-sama semasa kedua-duanya bermain untuk Manchester United.
Jadi ikut logik, pastinya Rooney akan memilih Ronaldo berbanding Messi kerana pemain mereka pernah beraksi bersama dan Rooney tidak pernah beraksi bersama Messi.
Walaupun mereka merupakan pasangan serangan yang cukup bahaya di peringkat kelab, Rooney dan Ronaldo tidak sebulu di peringkat kebangsaan.
Mereka pernah bertemu di saingan EURO 2004 dan juga Piala Dunia 2006 yang menyaksikan Ronaldo dan Portugal menang kesemua pertemuan menentang Rooney dan England.
Rooney kini berkelana di Amerika Syarikat bersama DC United Major League Soccer untuk membantu kelab tersebut keluar dari zon tercorot liga.