Penyokong Anggap Negeri Sembilan Sudah Boleh Lupakan Liga Super

Kekalahan kepada PKNP FC ketika aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sabtu lalu telah menyempitkan peluang skuad Negeri Sembilan untuk kekal dalam saingan divisyen utama negara.

Menurut Presiden Kelab e-Penyokong Bola Sepak NS (N9futbol.com), Ahmad Zaini Baharun, berpendapat peluang Negeri Sembilan sudah tiada walaupun masih ada baki 3 perlawanan untuk ditamatkan.

“Kekalahan terbaru NS kepada PKNP Sabtu lalu mungkin menutup terus peluang pasukan untuk kekal dalam Liga Super musim depan.

“Ini kerana saingan liga hampir berakhir dan dengan hanya berbaki tiga perlawanan, agak mustahil buat Negeri Sembilan untuk mencapai kemenangan dalam perlawanan berkenaan.

“Malah, NS juga terpaksa bergantung kepada keputusan perlawanan pasukan lain terutama yang hampir dari segi kutipan mata dan peluang itu dilihat sesuatu yang mustahil untuk kekal dalam Liga Super musim depan,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Ahmad Zaini berkata, penyokong kecewa dengan corak persembahan yang dipamerkan anak buah Mario Lemos pada aksi menentang PKNP apabila mereka gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dengan mencapai kemenangan.

Beliau berpendapat persembahan mereka tidak banyak berubah jika dibandingkan dengan aksi dipamerkan ketika tewas kepada PKNS FC, di Stadium Shah Alam, minggu lalu.

“Walaupun NS dilihat cuba mengimbangi kekuatan pemain PKNP, tetapi tiada serangan yang lebih berkesan dapat dilakukan ke kawasan kubu lawan sepanjang perlawanan dan angkara kealpaan bahagian pertahanan pula, akhirnya mereka dihukum, apabila tewas 1-2 kepada pasukan lawan,” katanya.

Aksi Negeri Sembilan ketika menentang PKNP FC sabtu lalu. FOTO: Team N9FC

Para penyokong Negeri Sembilan juga berharap pemain pasukan itu dapat mempertahankan maruah dengan memberikan persembahan terbaik dalam tiga baki perlawanan dan mencapai kemenangan.

“Biarpun peluang sudah tertutup tetapi pemain perlu tunjukkan komitmen tinggi kepada pasukan dengan memastikan kemenangan dicapai pada baki tiga perlawanan itu,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN