Perpindahan Cristiano Ronaldo dari Real Madrid ke Juventus secara tak langsung telah memberikan impak kepada La Liga.
Hal ini kerana, 2 pemain terbaik dunia kini sudah pun terpisah.
Jika sebelum ini, Ronaldo dan Lionel Messi hanya terpisah kelab iaitu masing-masing menyertai Real Madrid dan juga Barcelona.
Kini, kedua-dua pemain itu telah pun terpisah liga.
Menurut bekas pengurus Real Madrid iaitu Jose Mourinho, perpindahan Ronaldo ke Serie A menjadikan bola sepak kini ditonton dari 3 sudut berbeza.
“Tahniah saya ucapkan kepada Juventus kerana berjaya mendapatkan salah seorang pemain terbaik di dunia.”
“La Liga kini tidak lagi mempunyai 2 pemain terbaik di dunia. Salah seorangnya masih kekal di Sepanyol dan seorang lagi beraksi di Itali”
Menurut Mourinho, kini peminat bola sepak akan mula menumpukan perhatian mereka kepada Serie A kerana Ronaldo.
“Premier League merupakan liga yang paling kompetitif di dunia kerana banyak pemain yang hebat di sana.”
“Namun kini peminat menonton bola sepak dari 3 dimensi. Satu menerusi Premier League kerana nilai kompetitifnya.”
“Kedua ialah La Liga kerana Messi dan ketiga adalah Serie A kerana Ronaldo.”
Menurut Mourinho, kelab-kelab Serie A yang lain perlu memberikan respon terhadap perpindahan Ronaldo ke Juventus.
Jika tidak, Juventus akan terus menguasai Serie A dengan mudah.
“Perpindahan Ronaldo ini pastinya akan membuka mata Internazionale, AS Roma dan AC Milan.”
“Jika mereka terus kekal pasif, maka Juventus dan Ronaldo akan terus menguasai Serie A selepas ini.”