Previu: Perancis Misi Buru Kejuaraan Kedua, Croatia Mahu Cipta Sejarah Piala Dunia

Ini adalah perlawanan bola sepak terbesar yang dinantikan oleh peminat bola sepak di seluruh dunia setiap empat tahun.

Bukan sahaja ianya adalah perlawanan bola sepak terbesar, ia turut akan menarik leih separuh daripada tumpuan penduduk di seluruh dunia untuk mengikutinya.

Malam ini, perlawanan akhir Piala Dunia 2018, mempertemukan Perancis dan juga Croatia.

Perancis

Didier Deschamps boleh menulis satu lagi sejarah dalam buku bola sepak dunia dengan menjadi individu ketiga yang pernah menjuarai Piala Dunia sebagai pemain dan pengurus pasukan.

Sebelum ini, hanya Mario Zagallo dari Brazil dan Franz Beckenbauer dari Jerman yang pernah melakukannya.

Deschamps adalah kapten pasukan Perancis yang merangkul kejuaraan Piala Dunia buat pertama kali 20 tahun yang lalu di tempat sendiri.

MOSCOW, RUSSIA – JULY 14: France’s national football team players are seen during training session ahead of the World Cup 2018 final match against Croatia, in Moscow, Russia on July 14, 2018. (Photo by Sebnem Coskun/Anadolu Agency/Getty Images)

Perlawanan akhir malam ini adalah yang ketiga di dalam sejarah bola sepak Perancis sejak mereka tewas kepada Itali di edisi 2006.

Deschamps pasti tidak mahu episod tewas perlawanan akhir Euro 2016 dua tahun yang lalu terus berulang kali ini.

“Ia adalah satu keseronokan dan istimewa untuk berada di dalam perlawanan akhir. Itu yang saya beritahu pemain saya. Bahawasanya tidak ada perkara lain yang terutama selain daripada perlawanan akhir Piala Dunia di dalam karier seseorang pemain bola sepak.”

“Tiga perkara utama yag perlu dilakukan mereka dalam perlawanan nanti ialah: kekal tenang, yakin, dan berikan fokus,” jelas Deschamps baru-baru ini.

Croatia

Ini adalah penampilan pertama Croatia di perlawanan akhir Piala Dunia. Ini juga bermakna Croatia berpeluang menjadi negara ke-8 yang pernah memenangi pertandingan ini, sekiranya berjaya menewaskan Perancis.

Bagi pengendali Croatia, Zlatco Dalic, pemain-pemainnya sepatutnya berasa bangga dengan apa yang dicapai setakat ini.

“Ini adalah perlawanan akhir Piala Dunia. Pemain tahu apa maksudnya itu.”

MOSCOW, RUSSIA – JULY 14, 2018: Players of the Croatian men’s national football team during a training session at Moscow’s Luzhniki Stadium ahead of the upcoming 2018 FIFA World Cup Final match against France which is to take place on July 15, 2018. Sergei Bobylev/TASS (Photo by Sergei BobylevTASS via Getty Images)

“Satu perkara dari pemain yang membuatkan saya gembira ialah kejujuran mengenai keadaan kecergasan diri mereka. Sudah tentu saya mengharapkan pemain tampil untuk memberitahu kepada saya jika tidak cergas sepenuhnya.”

“Menang atau kalah perlawanan esok (malam ini), perlawanan ini bagaikan satu sambutan di negar kami, dan ia akan diraikan.”

“Ini memberikan kami motivasi. Dan sebagai seorang jurulatih, juga pemain-pemain perlawanan akhir Piala Dunia ialah acara yang sangat istimewa. Apa pun yang bakal terjadi, kami akan kekal gembira dan bangga atas pencapaian ini,” jelas Dalic.

Info pasukan

Ia pasti sukar buat Croatia yang terpaksa mengharungi perlawanan sehingga ke masa tambahan sejak di pusingan kedua lagi.

Isu kecergasan pemain mungkin adalah isu utama bagi anak buah Dalic.

Tiada kecederaan dilaporkan dari kem Croatia setakat ini, namun Dalic mengesahkan terdapat segelintir pemain yang mempunyai isu-isu kecederaan kecil yang harus ditangani.

Manakala di kem Perancis, semua pemain sudah melaungkan kesediaan untuk diturunkan.

(Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

Deschamps dijangka akan mengekalkan kesebelasan pemain terbaik utama seperti dalam perlawanan-perlawanan yang mereka lalui sepanjang kempen di Rusia.

Pemain tumpuan

Di sebalik deretan nama-nama besar dalam unit serangan Les Bleus, ianya sebenarnya adalah bahagian pertahanan mereka yang memainkan peranan buat mereka sehingga berjaya melangkah ke perlawanan akhir.

Gandingan Raphael Varane dan Samuel Umtiti sedang berada di prestasi terbaik, manakala Benjamin Pavard dan Luis Hernandez turut menampilkan prestasi yanh diharapkan.

SAINT PETERSBURG, RUSSIA – JULY 10: Ngolo Kante of France in action during the 2018 FIFA World Cup Russia Semi Final match between Belgium and France at Saint Petersburg Stadium on July 10, 2018 in Saint Petersburg, Russia. (Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Namun peranan N’golo Kante yang aktif membantu pertahanan, sebelum memulakan serangan balas pasukan adalah kunci utama kekuatan Perancis.

Di kem Croatia, gandingan pemain tengah Luka Modric dan Ivan Rakitic akan menjadi perhatian. Berhadapan Pogba dan Kante, ia pasti menjadi battle zone yang menarik di bahagian tengah dalam usaha kedua-dua pasukan mengusai perlawanan.

SOCHI, RUSSIA – JULY 07: Luka Modric of Croatia and Daler Kuziaev of Russia compete for the ball during the 2018 FIFA World Cup Russia Quarter Final match between Russia and Croatia at Fisht Stadium on July 7, 2018 in Sochi, Russia. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Ini adalah perlawanan akhir. Kedua-dua pasukan turun dengan misi memburu kemenangan. Di peringkat ini, siapa pun boleh menjadi hero.

Taktikal

Di dalam sistem 4-2-3-1, Deschamps menerapkan corak permainan bertahan. Namun demikian, Perancis memiliki barisan pemain yang sangat berbahaya ketika melakukan serangan balas pantas.

Kante dijangka akan memainkan peranan utama di bahagian tengah. Begitu juga peranan dan disiplin Paul Pogba untuk melakukan tugas bertahan, untuk membenarkan Kante beraksi sebagai pemain tengah box-to-box.

SAINT PETERSBURG, RUSSIA – JULY 10: Paul Pogba of France celebrates victory following the 2018 FIFA World Cup Russia Semi Final match between Belgium and France at Saint Petersburg Stadium on July 10, 2018 in Saint Petersburg, Russia. (Photo by Alexander Hassenstein/Getty Images)

Kami harus akui, Pogba beraksi dengan cemerlang di dalam tiga perlawanan peringkat kalah mati setakat ini, melakuka tugas bertahan yang dikatakan tidak sesuai dengan profail beliau di Manchester United.

Manakala di kem Croatia, peranan Rakitic dan Modric akan terus menjadi sandaran untuk menjaringkan gol, juga mencipta peluang buat rakan sepasukan dalam formasi 4-1-4-1.

SOCHI, RUSSIA – JULY 07: Ivan Rakitic of Croatia celebrates scoring his team’s fifth penalty, the winning penalty, in the penalty shoot out during the 2018 FIFA World Cup Russia Quarter Final match between Russia and Croatia at Fisht Stadium on July 7, 2018 in Sochi, Russia. (Photo by Kevin C. Cox/Getty Images)

Peranan dua pemain sayap, Ivan Perisic dan Ante Rebic yang gemar melakukan larian ke bahagian dalam turut pasti akan memberi tekanan kepada benteng pertahanan lawan.

Ini sekaligus akan menghadkan serangan daripada Pavard dan Hernandez yang gemar meningggalkan posisi pertahanan untuk melakukan serangan dari bahagian sisi.

Penutup

Mampukah Perancis muncul sebagai juara Piala Dunia buat kali kedua? Atau adakah Croatia akan muncul sebagai juara Piala Dunia buat pertama kali pada malam ini?

Itu adalah dua jawapan yang hanya akan terjawab pada malam ini. Sama-sama kita nantikan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN