Barcelona Hadir Dengan Bidaan Kedua Untuk Dapatkan Willian Dari Chelsea

Barcelona telah melakukan bidaan kali kedua untuk mendapatkan pemain sayap Chelsea yang berasal dari Brazil iaitu Willian.

Pemain yang merupakan antara pemain utama pasukan Brazil di saingan Piala Dunia 2018 di Rusia menjadi perhatian beberapa kelab utama sama ada di Premier League atau di luar liga tersebut.

Untuk bidaan kedua, Barcelona telah mempertaruhkan yuran sebanyak £53 juta untuk ditawarkan kepada Chelsea.

Menurut sumber di England, Barcelona sudah pun melakukan tawaran pertama mereka kepada Chelsea sejak 3 bulan yang lalu.

Akan tetapi, bidaan sebanyak £50 juta telah pun ditolak oleh Chelsea.

KAZAN, RUSSIA – JULY 06: Willian of Brazil looks on during the 2018 FIFA World Cup Russia Quarter Final match between Brazil and Belgium at Kazan Arena on July 6, 2018 in Kazan, Russia. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Pengendali baharu Chelsea iaitu Maurizio Sarri telah pun memberikan isyarat kepada Roman Abrahamovich yang beliau mahu mengekalkan 2 pemain di kelab itu.

2 pemain tersebut yang dimaksudkan beliau adalah Eden Hazard dan Willian sendiri.

Ianya sekali gus menyaksikan sedikit kesukaran akan menanti Barcelona dan Manchester United yang jelas mahukan pemain tersebut.

Manchester United turut dikatakan berminat untuk mendapatkan Willian dan mereka telah pun mula memerhatikan pemain tersebut sejak Januari.

Akan tetapi, seandainya kedua-dua kelab benar-benar memberikan tawaran kepada Chelsea, Willian dijangka memilih untuk ke Barcelona berbanding untuk beraksi untuk musuh Premier League Chelsea.

Hal ini sekali gus menafikan penyatuan semula Willian bersama bekas pengurus beliau iaitu Jose Mourinho.

Willian sudah melakukan 236 penampilan bersama-sama Chelsea, beliau sudah menjaringkan 44 gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN