FMLLP Tunda Jadual Demi Semangat Kesukanan Tinggi Untuk JDT, 6 Jurulatih Sokong

FMLLP ataupun MFL telah mengesahkan yang jadual Liga Super di antara pasukan JDT vs Kelantan akan ditunda dari Selasa 17 Julai 2018 ke Jumaat 20 Julai 2018.

Badan pengurusan liga tersebut menyatakan ia atas dasar semangat kesukanan untuk membolehkan JDT meraikan kejuaraan MSL dengan kehadiran penyokong yang lebih ramai ke stadium apabila ia dianjak ke Jumaat.

Dipetik daripada laman FMLLP, mereka berkata:

“Bagi menunjukan semangat kesukanan yang tinggi, Malaysian Football League telah meluluskan pindaan perlawanan Johor Darul Ta’zim menentang Kelantan dari 17 Julai 2018 (Selasa) kepada 20 Julai 2018 (Jumaat).”

“(Ini) untuk memberi peluang kepada semua penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim dapat bersama-sama meraikan kejayaan pasukan mereka semasa perlawanan hujung minggu serta menghadiri acara penyerahan trofi pada hari yang berkenaan.

“Perkara ini turut mendapat sokongan serta reaksi positif pasukan-pasukan lain yang bertanding di dalam unifi Liga Super Malaysia 2018.”

FMLLP turut memuatnaik kenyataan sokongan oleh 6 jurulatih MSL ke atas perkara itu.

JDT mengesahkan kejuaraan MSL ke-5 berturut-turut mereka dan akan membawa pulang piala itu selepas perlawanan menentang Kedah.

Penundaan jadual ini mendapat reaksi berbelah bagi daripada penyokong Malaysia. Ramai juga yang mempertikaikan tindakan FMLLP ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN