Thomas Meunier Puji Aksi Teratur Jentera Pertahanan Belgium

Meunier

Thomas Meunier jelas memuji gandingan baik para pemain di posisi pertahanan Belgium pada perlawanan bertemu Brazil awal pagi tadi.

Pemain berusia 26 itu turut mengakui beliau menjangkakan lebih kesukaran diberikan Neymar pada pertembungan yang menyaksikan The Red Devils layak ke separuh akhir itu.

Meunier dan Neymar merupakan pemain yang beraksi buat pasukan Paris Saint-Germain di saingan Ligue 1 musim 2017/18.

”Saya tidak menjangkakannya, saya menjangkakan lebih kesukaran diberikan Neymar pada perlawanan ini, tetapi kami begitu teratur secara kolektif.”

”Saya selalu mendapat bantuan daripada Marouane Fellaini, dari Toby Alderwaireld. Kami begitu fokus terhadapnya (Neymar), Phillipe Coutinho, dan Marcelo.”

”Dan kami melakukan tugas dengan sangat baik. Saya rasa kami boleh mengucapkan tahniah kepada diri kami sendiri kerana tugasan yang kami lakukan ketika bertahan.”

KAZAN, RUSSIA – JULY 06: Neymar Jr of Brazil is challenged by Thomas Meunier of Belgium inside the penalty area during the 2018 FIFA World Cup Russia Quarter Final match between Brazil and Belgium at Kazan Arena on July 6, 2018 in Kazan, Russia. (Photo by Kevin C. Cox/Getty Images)

”Walaupun ketika menyerang, saya begitu hampa kerana tidak dapat menyentuh bola. Saya telah melakukan banyak pengorbanan buat pasukan dan saya gembira kerana dapat memenangi perlawanan kerana itu.”

Pada perlawanan tersebut, Belgium berada di hadapan pada minit ke-13 selepas Fernandinho tertanduk bola ke gawang sendiri.

Rakan sepasukan Fernandinho di Manchester City, Kevin De Bruyne kemudiannya mengukuhkan kedudukan dengan rembatan cantik dari luar kotak penalti bagi menewaskan Alisson Becker.

Gol tunggal dari Renato Augusto pada minit ke-76 masih belum cukup untuk menghalang kemaraan Belgium ke separuh akhir.

Kejayaan ke separuh akhir ini adalah yang pertama buat Belgium sejak tahun 1986 dan skuad bimbingan Roberto Martinez akan bertemu Perancis bagi mengintai tiket ke perlawanan akhir.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN