Previu: Rekod Pertemuan Rusia VS Croatia, Gamit Perjalanan Lalu

Sudah lama Croatia tidak mengecapi nikmat melangkah ke peringkat suku akhir dalam kejohanan Piala Dunia. Kali terakhir Croatia melakukannya ialah pada tahun 1998 di Perancis.

Berjaya menewaskan Denmark di pusingan kedua menerusi penentuan sepakan penalti telah memberi peluang buat skuad bimbingan Zlatko Dalić untuk kembali mencipta sejarah baru buat negara mereka.

Namun, lawan yang sedang menunggu mereka di peringkat suku akhir ialah pasukan tuan rumah, Rusia.

Bagi pasukan Rusia, beraksi di tempat sendiri nyata memberi suntikan semangat buat mereka untuk melakukan yang terbaik dalam kejohanan ini.

Rusia bermula cemerlang di pentas Piala Dunia kali ini sebelum menyingkirkan Sepanyol menerusi penentuan sepakan penanti di pusingan kalah mati.

Untuk rekod, pencapaian terbaik Rusia di pentas Piala Dunia adalah pada tahun 1966 di England dengan menamatkan edisi tersebut di tempat keempat.

Rusia dan Croatia telah berjaya mengesahkan tempat ke suku akhir dan bakal membuat penghitungan di Stadium Fisht, Sochi awal pagi esok.

Menjelang perlawanan tersebut, jom kita imbas kembali tiga rekod pertemuan terakhir bagi kedua-dua pasukan di peringkat antarabangsa:

1. Pusingan Kelayakan Piala Eropah 2008 ( 6 September 2006 )

Bagi pusingan kelayakan Piala Eropah 2008, Croatia dan Rusia telah diundi berada dalam kumpulan E bersama lima buah negara lain iaitu England, Israel, Estonia, Andora dan Macedonia.

Pertemuan pertama bagi kedua-dua pasukan diadakan di Stadion Lokomotiv, Moscow pada 6 September 2006.

Apa yang menarik dalam perlawanan ini adalah kemunculan pertama Guus Hiddink sebagai pengurus pasukan bola sepak di pentas antarabangsa.

Russia’s manager Guus Hiddink talks to Andrey Arshavin on the touchline. (Photo by Stephen Pond – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Namun, penampilan pertama Hiddink bersama Rusia gagal membantu pasukannya itu memperolehi kemenangan selepas diikat tanpa jaringan dengan Croatia.

Walau bagaimanapun, Hiddink telah berjaya membawa Rusia berada di tangga kedua Kumpulan E dibawah Croatia.

Kedua-dua pasukan berjaya melangkah ke psuingan akhir Piala Eropah 2008 yang berlangsung di  di Austria dan Switzerland.

2. Pusingan Kelayakan Piala Eropah 2008 ( 6 Jun 2007 )

Perlawanan kedua pusingan kelayakan Piala Eropah 2008 diantara Croatia dan Rusia telah diadakan di Stadion Maksimir, Zagreb.

Perlawanan tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan sekali lagi terpaksa berkongsi mata selepas gagal mencipta sebarang gol sehingga tamat perlawanan.

Tuan rumah yang diperkuatkan dengan ramai pemain bintang seperti Eduardo, Luka Modrić, Vedran Ćorluka, dan Darijo Srna tidak berpeluang untuk menewaskan Rusia di tempat sendiri.

Perlawanan bermula tegang apabila Yuri Zhirkov dijatuhkan didalam kotak penalti oleh Vedran Ćorluka.

Pengadil perlawanan, Ľuboš Michel telah menghadiahkan sepakan penalti kepada tuan rumah. Namun peluang keemasan tersebut gagal dimaanfaatkan oleh Andrey Arshavin.

Perlawanan seimbang dengan kedua-dua pasukan mengamalkan corak permainan berhati-hati namun kedudukan 0-0 tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, tuan rumah mula memperkemaskan jentera serangan dengan mengasak kubu pertahanan Rusia.

Aleksandr Kerzhakov terlepas peluang menjaringkan gol pertama pada minit ke-57 selepas percubaannya dari luar kotak penalti terkena tiang.

Zagreb, CROATIA: Alexander Kerzhakov of Russia (R) vies with Niko Kranjcar of Croatia during EURO 2008 qualification match in Zagreb, 06 June 2007. AFP PHOTO/ HRVOJE POLAN (Photo credit should read HRVOJE POLAN/AFP/Getty Images)

Rusia kembali mengimbangi perlawanan dengan melakukan serangan balas ketika Croatia ghairah menggempur benteng pelawat.

Vasili Berezutski hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-73 ketika berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol, Stipe Pletikosa namun percubaannya ditepis keluar.

Croatia seakan hilang punca ketika Rusia mula mengawal perlawanan dan menggandakan asakan sehingga memaksa barisan pertahanan yang diketuai Dario Šimić dan Robert Kovač bekerja keras di bahagian bawah namun tiada jaringan disaksikan sehingga tamat permainan.

3. Perlawanan Persahabatan Antarabangsa ( 17 November 2015 )

Imbas kembali perlawanan antarabangsa diantara Rusia dan Croatia empat tahun lalu yang telah diadakan di Stadium Olimp-2, Rostov, Rusia.

Croatia menang bergaya 3-1 menewaskan Rusia hasil jaringan Nikola Kalinić, Marcelo Brozović dan Mario Mandžukić. Manakala gol tunggal dari tuan rumah disumbangkan oleh penyerang pasukan, Fyodor Smolov.

Sebelum perlawanan bermula, para pemain dan penonton bertafakur selama seminit sebagai memberikan perhormatan kepada mangsa insiden serangan berdarah di Paris pada tanggal 15 November 2015

Perlawanan bermula dengan menyaksikan kedua-dua pasukan saling melakukan serangan balas.

Tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi tandukan padu dari Fyodor Smolov pada minit ke-14.

Rusia terus melakukan serangan demi serangan bagi mencari gol kedua mereka namun keputusan 1-0 kekal sehingga separuh masa pertama perlawanan.

Croatia menukar startegi permainan lebih kepada menyerang di separuh masa kedua dan hasilnya Nikola Kalinić berjaya mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-57 apabila beliau berjaya menolak masuk bola hasil hantaran Sime Vrsaljko .

ROSTOV-ON-DON, RUSSIA – NOVEMBER 17: Denis Glushakov of Russia is challenged by Nikola Kalinic of Croatia during the international friendly football match between Russia and Croatia at Olymp II stadium on November 17, 2015 in Rostov-on-Don, Russia.(Photo by Epsilon/Getty Images)’

Selang tiga minit kemudian, Marcelo Brozović berjaya menambah gol kedua buat Croatia apabila rembatan padu beliau gagal diselamatkan oleh penjaga gol, Artem Rebrov.

Rusia hampir menyamakan kedudukan diminit ke-67 apabila Denis Cheryshev melakukan hantaran lintang kepada Vladislav Ignatiev , tetapi malangnya bola tersebut tidak sampai tepat ke kaki beliau.

Sime Vrsaljko sekali lagi menjadi pencetus jaringan buat Croatia apabila beliau melakukan hantaran kepada Mario Mandžukić dan peluang tersebut dimaanfaatkan sebaiknya oleh beliau untuk meledak gol ketiga buat pasukan.

Penutup

Berdasarkan tiga perlawanan ini, kita boleh menjangkakan satu lagi perlawanan suku akhir yang sengit pada awal pagi nanti.

Pasukan manakah pada pendapat anda mempunyai kelebihan untuk menang?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN