Isu bahasa sentiasa menjadi topik hangat di mana-mana negara termasuk Malaysia. Belgium antara negara Eropah yang tidak terlepas dalam menangani isu ini.
Di negara tersebut, mereka dibezakan melalui bahasa pertuturan seperti Belanda dan Perancis. Malah, ada minoriti daripada penduduk negara itu menggunakan bahasa Jerman dan bahasa ibunda (jika mereka datang dari Afrika).
Media di sana juga turut mempunyai penerbitan dalam dua bahasa tersebut untuk merangkumi sasaran pasaran mereka.
Bagai ayam bercakap dengan itik
Pengurus yang diketahui berasal dari Sepanyol manakala pemain pula dalam pelbagai bahasa. Bagaimana Belgium menangani masalah sebegini?
Ada sumber telah memberitahu BBC bahawa mereka semua berkomunikasi dalam satu bahasa sahaja iaitu bahasa Inggeris. Ini bertujuan bagi mengelakkan persepsi yang menjurus salah faham di kalangan anggota skuad Belgium.
Wilayah Flemish di utara Belgium kebanyakan berkomunikasi dengan bahasa Belanda. Kevin de Bruyne antara pemain Belgium yang berasal dari wilayah Flemish.
Rakan sepasukannya, Eden Hazard pula berasal dari wilayah Walloon yang menggunakan bahasa Perancis.
Mengejutkan
Sewaktu Belgium menewaskan England pada tempoh hari, pengamal media antarabangsa dikejutkan dengan para pemain berkomunikasi di padang melalui bahasa Inggeris.
Sebelum ini, timbul kontroversi pada 2014 apabila sesi sidang media Belgium diadakan dalam dua bahasa yang berlainan. Malah, bahasa Inggeris tidak digunakan dalam sidang media tersebut.
Romelu Lukaku antara pemain yang fasih banyak bahasa termasuk Swahili! Selain menguasai bahasa Inggeris, beliau turut menguasai bahasa Belanda, Perancis, Portugis dan Sepanyol!
Menakjubkan bukan?
Jalan selamat ada di sana
Sebahagian pemain Belgium fasih berbahasa Perancis tetapi sebaliknya untuk bahasa Belanda. Tetapi, penggunaan bahasa Inggeris ini memberikan jalan selamat untuk skuad Red Devils ini.
Cabaran besar untuk skuad Belgium ini menangani cabaran di mana-mana kejohanan antarabangsa. Mahu tidak mahu, ada perkara terpaksa dikorbankan demi kejayaan dan kegemilangan.
Salah satunya, bahasa perantaraan. Para pemain pastinya ada kesedaran yang tinggi tentang pentingnya komunikasi di dalam padang.