Shopee Piala FA: Amutu Dan Norshahrul Bawa Pahang Ke Final Jumpa Selangor

Ledakan Austin Amutu dan Norshahrul Idlan Talaha telah berjaya membantu Pahang untuk menewaskan PKNP FC dalam aksi separuh akhir kedua Shopee Piala FA 2018.

Pahang layak ke final apabila merekodkan kemenangan 3-2 secara agregat ke atas PKNP FC selepas berjaya menundukkan pasukan tuan rumah itu 2-1 di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.

Umpama kapal tanpa nakhoda. Itulah terjemahan yang dapat dirumuskan mengenai aksi PKNP FC tanpa Shahrel Fikri sepanjang perlawanan berlangsung.

Pahang, amutu

Tuan rumah mempertaruhkan pemain sayap menyerang mereka, Hafiz Ramdan dan penyerang tunggal, Franklin Anzite untuk menggempur benteng pertahanan Tok Gajah.

Pahang pula turun dengan kekuatan penuh dan Dollah Salleh menyenaraikan Matthew Davies, Safuwan Baharudin dan Nor Azam Azih yang digantung dalam perlawanan sebelum ini.

Separuh masa pertama

Babak pertama telah dibuka dengan rentak perlahan oleh kedua-dua pasukan apabila hujan renyai mula membasahi bandaraya Ipoh sejak dari awal perlawanan bermula.

Walaupun begitu, Pahang dilihat kerap kali mengatur asakan ke kubu tuan rumah menerusi Issey Nakajima dan Mohamadou Sumareh namun dikecewakan sentuhan kurang kemas.

PKNP FC berjaya mengasak benteng lawan yang diterajui Bunyamin Omar dan Muslim Ahmad pada minit ke-12 menerusi pertahanan yang digubah menjadi penyerang, Franklin Anzite.

20 minit perlawanan telah berlangsung dan yang menariknya ialah kedua-dua pasukan masih gagal untuk melakukan sebarang percubaan ke pintu gol lawan masing-masing.

Pahang, amutu
FOTO: FMLLP

Minit ke-23, Pahang nyaris mendahului perlawanan apabila tandukan pemain tengah, Safuwan Baharudin terkena palang, selepas menerima hantaran kemas Nor Azam Azih.

Kapten PKNP FC, Hafiz Ramdan pula gagal memanfaat peluang yang diperolehinya pada minit ke-28 apabila lewat membuat percubaan walaupun hanya berdepan dengan Helmi Eliza.

Akhirnya, Austin Amutu berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-32 apabila percubaan leretnya ke sisi kiri gol lawan berjaya menewaskan penjaga gol tuan rumah, Asyraaf Omar.

Ia bermula dengan clearance kurang baik pemain tengah bertahan, Kim Sang Woo berpunca daripada lambungan yang dibuat oleh Faisal Rosli ke dalam kotak penalti PKNP FC.

Pahang, amutu
FOTO: FMLLP

PKNP FC hampir berjaya untuk menyamakan kedudukan namun tandukan pertahanan tengah, Ritus Krjauklis yang didapatinya daripada sepakan percuma tersasar pada minit ke-39.

Gerakan menarik antara Issey Nakajima dan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-41 pula gagal disudahkan dengan baik oleh bekas penyerang utama skuad kebangsaan itu.

Separuh masa kedua

Keseluruhan perlawanan lebih dikuasai oleh pasukan tuan rumah, PKNP FC namun, jentera serangan mereka sering gagal untuk menterjemahkan peluang yang ada.

Dua pertukaran telah dibuat oleh ketua jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim untuk cuba menajamkan jentera serangan dengan memasukkan Fandi Ahmad dan Deevan Raj.

Helmi Eliza yang jarang diuji di babak pertama berjaya menyelamatkan tandukan pemain gantian, Fandi Ahmad pada minit ke-55, berpunca daripada hantaran Fadhil Idris.

Pahang, amutu
FOTO: PKNP FC

Seterusnya pada minit ke-71, Deevan Raj berjaya melakukan hantaran menarik ke depan pintu gol pelawat namun tandukkan Fandi Ahmad berjaya diselamatkan oleh Helmi Eliza.

PKNP FC terus menggandakan usaha mengasak bertubi-tubi ke kubu Tok Gajah, namun acap kali dikecewakan oleh sentuhan tumpul jentera serangan mereka.

Di saat PKNP cukup bernafsu menyerang Pahang, tiba-tiba Norshahrul pada minit ke-75 berjaya melencongkan bola melewati pertahanan dan penjaga gol untuk gol kedua pelawat.

Ini juga merupakan gol kedua Norshahrul dalam saingan Piala FA musim ini selepas menjaringkan gol pertamanya ketika di pusingan kedua menewaskan ATM, awal Mac lalu.

Pahang, amutu
FOTO: FMLLP

Penalti buat PKNP FC selepas pengadil mendakwa bola terkena tangan pemain tengah, Safuwan Baharudin dan ianya berjaya disudahkan oleh Franklin Anzite pada minit ke-82.

Walaubagaimanapun, jika sistem VAR di Malaysia, sudah pasti penalti tersebut tidak akan diberikan oleh pengadil perlawanan malam ini, Suhaizi Shukri.

PKNP FC berterusan mengatur serangan ke atas pasukan pelawat walaupun ianya makin sukar buat mereka. Mereka memerlukan dua gol untuk menumbangkan Pahang.

Gol Franklin Anzite di lewat babak kedua telah dibatalkan oleh pengadil kerana dia didapati berada dalam keadaan offside, sebelum berjaya menewaskan Helmi Eliza.

Tamat perlawanan dengan Pahang berjaya menang 2-1 ke atas PKNP FC seterusnya layak ke pentas akhir Piala FA untuk tahun kedua berturut-turut dengan agregat 3-2.

Juara 2 kali Piala FA, Pahang akan bertemu dengan juara 5 kali, Selangor pada 7 Julai nanti di Stadium Bukit Jalil seperti yang telah diumumkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN