Previu: Nigeria Jadi Penghalang Argentina Dalam Misi Ke Pusingan Seterusnya

Nigeria dan Argentina bertemu sesama sendiri dalam perlawanan terakhir kumpulan D Piala Dunia 2018 untuk mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya.

Kedua-dua pasukan belum lagi sah untuk mara ataupun tersingkir, jadi keputusan malam ini bakal memainkan peranan penting tentang perjalanan kedua-dua pasukan.

Setakat ini, Nigeria merupakan pasukan yang berkelebihan apabila mereka telah mencatatkan kemenangan pada perlawanan kedua menentang Iceland.

Sementara Argentina pula hanya berjaya memperoleh 1 mata dari 2 perlawanan selepas seri dengan Iceland dan kalah dengan Croatia.

Sukar untuk diramalkan

Perlawanan Nigeria-Argentina ini jelas merupakan satu perlawanan yang sukar untuk diramal hasilnya.

Bagi Nigeria, mereka dilihat sebagai pasukan kedua untuk menjadi pemenang dalam perlawanan ini.

Walaupun mereka tidak mempunyai skuad yang semantap Argentina namun mereka hadir ke perlawanan ini dengan moral yang positif.

VOLGOGRAD, RUSSIA – JUNE 22: Victor Moses of Nigeria battles for possession with Birkir Bjarnason of Iceland during the 2018 FIFA World Cup Russia group D match between Nigeria and Iceland at Volgograd Arena on June 22, 2018 in Volgograd, Russia. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Moral positif ini hadir selepas mereka menewaskan Iceland tempoh hari.

Sementara bagi Argentina, di atas kertas mereka merupakan pasukan yang lebih berupaya untuk memenangi perlawanan ini jika dilihat kepada kaliber yang ada pada setiap pemain mereka.

Namun begitu, krisis yang dihadapi oleh Argentina memungkinkan mereka akan menghadapi satu perlawanan yang sukar menentang wakil Afrika ini.

NIZHNY NOVGOROD, RUSSIA – JUNE 21: Lionel Messi and Nicolas Otamendi of Argentina look dejected after the 2018 FIFA World Cup Russia group D match between Argentina and Croatia at Nizhny Novgorod Stadium on June 21, 2018 in Nizhny Novgorod, Russia. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Pemain tumpuan

Dalam perlawanan ini, penulis tertarik untuk melihat impak yang bakal diberikan oleh Ahmed Musa dalam perlawanan ini.

Pemain yang menjaringkan 2 gol dalam kemenangan menentang Iceland.

Nigeria’s forward Ahmed Musa celebrates after scoring their second goal during the Russia 2018 World Cup Group D football match between Nigeria and Iceland at the Volgograd Arena in Volgograd on June 22, 2018. (Photo by Mark RALSTON / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE – NO MOBILE PUSH ALERTS/DOWNLOADS (Photo credit should read MARK RALSTON/AFP/Getty Images)

Musa secara terbuka menyatakan yang beliau kini tidak sabar untuk menjaringkan lebih banyak gol dan beliau ingin menjadikan Argentina sebagai mangsa beliau yang seterusnya.

Untuk Argentina, penulis berminat untuk melihat bagaimana Lionel Messi memberikan respon terhadap tekanan yang diterima beliau.

Beliau setakat ini belum berjaya bangkit dari tekanan yang melanda beliau.

Messi

Jadi dalam perlawanan yang disifatkan peluang terakhir beliau dan Argentina di Piala Dunia kali ini, sudah pastinya beliau perlu bangkit dan memberikan respon yang diperlukan untuk pasukannya sama ada beliau mahu atau tidak.

Sebelum sepak mula

Perlawanan ini jelas akan menentukan hala tuju kedua-dua pasukan kerana kedua-duanya masih belum selamat.

Dalam perlawanan ini, nasib Nigeria ditentukan oleh diri mereka sendiri kerana jika mereka menang maka mereka akan layak. Jika mereka tewas, mereka akan pulang.

Sementara bagi Argentina, andai mereka menang sekalipun mereka perlu mengharapkan Iceland kecundang di tangan Croatia yang sudah pun layak.

Jika Croatia dan Iceland seri dan Argentina menang maka mereka akan layak kerana Iceland mengutip 2 mata sahaja sementara mereka mengutip 4 mata dari 3 perlawanan.

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN