Pablo Zabaleta: Messi Tertekan Dan Tidak Gembira Di Piala Dunia

Messi

Pertahanan West Ham United, Pablo Zabaleta melahirkan rasa simpati terhadap apa yang sedang dihadapi rakan senegaranya, Lionel Messi dalam saingan Piala Dunia 2018.

Messi masih gagal mempamerkan sentuhan berbisanya pada dua perlawanan terdahulu yang menyaksikan Argentina hanya mampu mencatatkan keputusan seri ketika bertemu Iceland 1-1 dan dipalit kekecewaan selepas tumbang 3-0 pada perlawanan menentang Croatia.

Bintang yang beraksi untuk Barcelona itu masih belum mampu menjaringkan gol, malahan beliau turut gagal menyempurnakan sepakan penalti sewaktu berhadapan Iceland.

”Detik yang paling gembira saya dapat lihat ketika beraksi bersama Lionel Messi untuk Argentina adalah pada tahun 2012, dia menjaringkan hatrik ketika menentang Brazil di New York.”

”Dan dia beraksi keseluruhan permainan dengan bebas serta mengukir senyuman di wajahnya.”

SAO PAULO, BRAZIL – JULY 09: (L-R) Lionel Messi, Pablo Zabaleta, Martin Demichelis and Lucas Biglia of Argentina look on with their player escorts during the National Anthem prior to the 2014 FIFA World Cup Brazil Semi Final match between the Netherlands and Argentina at Arena de Sao Paulo on July 9, 2014 in Sao Paulo, Brazil. (Photo by Ronald Martinez/Getty Images)

”Bahasa tubuhnya begitu bertentangan sebelum perlawanan menentang Croatia pada Khamis lalu. Untuk melihat Leo (Lionel Messi) begitu tertekan dan tidak gembira di Piala Dunia adalah kebimbangan yang sebenar.”

”Dia adalah rakan saya yang juga merupakan bekas rakan sepasukan dan saya berasa simpati dengannya.”

”Ia sangat luar biasa untuk melihat keadaannya seperti itu, tetapi ia adalah petanda apa yang berlaku di kepalanya.”

Zabaleta turut menyifatkan pemain lincah itu berada dalam keadaan tertekan dan tidak gembira akibat bebanan yang terlalu berat terpaksa digalasnya ketika ini.

”Pada keadaan seperti ini, terdapat tekanan yang besar diletakkan kepadanya kerana orang ramai mengharapkan sesuatu yang tinggi dan berharap Messi melakukan segalanya untuk skuad kebangsaan.”

Lionel Messi masih mampu untuk membawa skuad pimpinannya bagi melayakkan diri ke peringkat kalah mati dengan mengharapkan Argentina berjaya menumpaskan Nigeria dan Croatia turut mencatatkan kemenangan keatas Iceland malam ini.

 

Leave a Reply