Previu: Sepanyol Selangkah Untuk Padamkan Kekecewaan Di Brazil, Maghribi Tidak Akan Berdiam Diri

Sepanyol turun pada perlawanan terakhir saingan kumpulan B awal pagi nanti dengan misi untuk memperoleh kemenangan bagi melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

Skuad bimbingan Fernando Hierro itu juga turut mengintai keputusan yang lebih baik berbanding Portugal untuk menamatkan saingan kumpulan di tangga teratas.

Lawan terakhir skuad La Roja adalah pasukan yang mendapat pujian ramai iaitu Maghribi.

Negara yang sudah pun terkeluar dalam persaingan kali ini selepas tewas dalam kedua-dua perlawanan terdahulu.

Sepanyol mahu lupakan kekecewaan empat tahun lalu

Sepanyol menerima kejutan beberapa hari sebelum sepak mula selepas Julen Lopetegui dipecat sebaik sahaja selepas beliau diumumkan selaku pengurus Real Madrid pada musim baru ini.

Keadaan itu membuatkan kem Sepanyol sedikit terjejas dengan berita pemecatan tersebut tatkala saingan semakin hampir.

Dua aksi terdahulu menyaksikan Sepanyol diikat 3-3 oleh Portugal manakala berhempas pulas sebelum menang 1-0 keatas Iran.

Sekiranya mampu untuk menewaskan Maghribi pada perlawanan ini, Sepanyol dapat memadamkan episod hitam pada saingan di Brazil apabila mereka tersingkir di peringkat kumpulan selaku juara bertahan.

Maghribi tidak mahu pulang dengan tangan kosong

Walaupun sudah tersingkir dari persaingan ke peringkat kalah mati, Maghribi pasti tidak mahu kembali ke tanah air mereka dengan tangan kosong.

Aksi anak buah Herve Renard dalam dua aksi awal telah mendapat pujian banyak pihak termasuk juga dalam kalangan pembaca di SemuanyaBOLA.

Aksi yang ditampilkan menghiburkan serta memberikan ancaman buat pasukan lawan tetapi faktor penyudah yang menggagalkan usaha mereka.

Sepanyol tidak akan diberikan laluan yang mudah pada perlawanan ini dan para pemain Maghribi berpeluang untuk mencipta detik manis walaupun ia tidak memberikan makna buat perjuangan pasukan untuk ke peringkat seterusnya.

Pemain tumpuan

Selepas beraksi cemerlang pada bertemu Portugal dan Iran, Isco akan terus menjadi sandaran buat Sepanyol.

Berperanan sebagai perancang utama yang sering menukar posisi di sebelah kiri dan kanan.

Pemain tengah berusia 26 tahun ini juga bekerja keras dalam mencipta peluang menarik dan gerakan buat rakan sepasukannya.

Pada perlawanan bertemu Iran, Isco berjaya mencipta 95 hantaran tepat serta memenangi 13 perebutan udara yang membuktikan beliau akan menjadi ancaman terbesar buat Maghribi nanti.

Isco. Foto: gettyimages
Hakim Ziyech. Foto: gettyimages

Di kem Maghribi, kelibat Hakim Ziyech dijangka bakal sekali lagi mencuri tumpuan pada perlawanan terakhir buat Maghribi ini.

Beliau berupaya untuk menghasilkan gerakan menarik bagi membuka ruang buat rakan sepasukannya dalam usaha memburu jaringan.

Masih gagal mencipta jaringan buat dirinya serta pasukan, perlawanan terakhir ini boleh dijadikan medan berguna buat Hakim dengan beraksi cemerlang sebag ‘mempromosikan’ dirinya pada jendela perpindahan musim panas.

Sebelum sepak mula

Kedua-dua pasukan pernah bertemu sebanyak dua kali iaitu pada pusingan kelayakan Piala Dunia 1962 yang menyaksikan Sepanyol memenangi kedua-dua perlawanan.

Di atas kertas Sepanyol dilihat mampu untuk menjelmakan kemenangan yang sekaligus memastikan tempat mereka dalam saingan kalah mati.

Kualiti pemain yang dimiliki diibaaratkan langit dengan bumi sekiranya mahu dibandingkan dengan para pemain Maghribi.

Namun, itu bukanlah petunjuk sebenar untuk perlawanan awal pagi nanti kerana para pemain Maghribi akan berhempas pulas bagi mencipta kejutan buat Sepanyol.

Sekiranya aksi baik seperti dua perlawanan terdahulu dapat diteruskan, Sepanyol menghadapi masalah untuk mencatatkan kemenangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN