Rusia 2018: Sepanyol Anggap Maghribi Mampu Singkirkan Mereka Daripada Piala Dunia

Sepanyol tampak ada ujian lebih mudah untuk menempah tiket ke pusingan kalah mati Piala Dunia pada saingan terakhir Kumpulan B menentang Maghribi esok ketika pasukan itu masih belum memungut sebarang mata, namun ia bukanlah sesuatu yang difikirkan jurulatih Fernando Hierro.

Maghribi pasukan pertama tersingkir daripada peringkat kumpulan Piala Dunia dan akan pulang selepas perlawanan itu namun pasukan dari Afrika Utara itu pastinya mahu memusnahkan perancangan Sepanyol.

Pemain Maghribi juga akan lebih tenang kerana mereka hanya bermain untuk maruah, menjadikan sukar buat Hierro merencana strategi berdepan pasukan yang mungkin menukar gaya dan menawarkan sesuatu yang boleh mengejutkan.

“Jika kita bermain menentang pasukan yang sudah tersingkir akan sentiasa ada sesuatu kerana kami tidak tahu apa yang mereka mahu lakukan,” kata Hierro hari ini.

“Kami tidak boleh masuk ke dalam kepala jurulatih, kami tidak tahu bagaimana mereka akan bermain esok, ia mungkin menjadi satu kejutan yang besar dan kami tidak boleh memandang rendah mereka.”

Sepanyol mengumpul empat mata selepas seri 3-3 berdepan Portugal dan menewaskan Iran 1-0, memerlukan seri untuk mengesahkan tempat ke kelompok 16 pasukan terakhir namun akan cuba menang dan mengatasi Portugal yang akan berdepan Iran, jika perbezaan gol akan menentukan siapa juara kumpulan.

Ketika Maghribi mungkin akan berada di kedudukan terbawah, mereka tidak akan mengalah tanpa berjuang.

Bersama sedikit tuah dan penyudah lebih baik mereka mungkin boleh layak selepas dua kali tewas 1-0.

“Jika anda lihat perlawanan pertama (berdepan Iran) mereka tewas pada minit ke-95 menerusi gol sendiri dan mereka bermain baik menentang Portugal, jadi anda bercakap mengenai pasukan yang sukar ditumbangkan,” kata Hierro.

“Kadangkala orang mungkin berehat pada perlawanan ketiga tetapi kami tidak boleh berehat, kami mesti sedar dan sentiasa berhati-hati. Kami mesti ingat Maghribi tidak akan mudah menyerah kalah.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN