Sistem Liga Korea Yang Tidak Sistematik Punca Penyingkiran Taegeuk Warriors Di Piala Dunia

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Korea, Shin Tae-yong mengakui, masalah yang berlaku dalam liga domestik negara itu menjadi punca sebenar kepada penyingkiran pasukan itu dalam saingan Piala Dunia.

Korea Selatan tewas 1-2 kepada Mexico selepas gol Carlos Vela dan Javier Hernandez memastikan skuad El Tricolor mengukuhkan kedudukan pendahulu Kumpulan G.

Jaringan cantik Son Heung-min pula tiba terlalu lewat, tiga minit memasuki waktu kecederaan.

Kemenangan 2-1 yang dicatat Jerman ke atas Sweden menjadikan persaingan kembali terbuka buat Korea untuk layak ke peringkat kalah mati, namun mereka harus mengalahkan juara bertahan itu pada aksi terakhir, Rabu depan selain berharap Sweden tewas kepada Mexico.

“Kami mempunyai masalah sistematik. Kami perlu memikirkan bagaimana untuk meningkatkan kualiti liga domestik dan bekerja dengan pemain-pemain muda.

“Kami cetek pengalaman. Ini semua tidak akan hadir dalam satu malam,” kata Tae-yong.

https://twitter.com/yousef_teclab/status/1010568171261251584

Heung-min, yang merupakan bintang Korea Selatan, dibiarkan menggalas tanggungjawab berat di jentera serangan dan dia sering bersendirian tanpa sokongan bagi membolosi benteng Mexico.

Namun, pada ketika Korea Selatan memiliki peluang, momentum permainan mereka terjejas disebabkan satu lagi sepakan penalti yang dihadiahkan kepada lawan, setelah bola mengenai tangan Jang Hyun-soo dan Vela tanpa masalah menyempurnakan tugasnya itu.

Setakat ini, sebanyak 14 sepakan penalti telahpun diberikan pengadil sepanjang pertandingan.

“Pemain kami, saya rasa telah mempamerkan permainan yang mereka tidak akan kesali.

“Semua pemain bersatu sebagai sebuah pasukan dan sehinggalah ke minit terakhir mereka masih mampu memberikan yang terbaik. Saya bersyukur mereka memberikan yang terbaik sehingga ke hujung aksi,” tambah Tae-yong.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN