Sebelum sepak mula bertemu Senegal, penyerang Jepun Keisuke Honda telah berkongsi kisah hidupnya yang pernah bermimpi menjuarai gelaran Piala Dunia sejak dirinya berusia enam tahun.
Honda menceritakan bahawa beliau mendapat inspirasi mimpi tersebut ketika ayah kandungnya mengajak beliau membaca kisah biografi mengenai legenda bolasepak Brazil iaitu Pele.
Meskipun pasukannya bukan sebuah pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia 2018, penyerang berusia 32 tahun itu tetap bertekad mahu merealisasikan mimpinya itu menjadi satu kenyataan.
“Saya rasa Piala Dunia kali ini adalah yang terakhir bagi saya. Umur saya sudah 32 tahun dan untuk empat tahun lagi adalah waktu yang cukup lama.” ujarnya.
“Saya tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku empat tahun yang akan datang.”
“Jadi kesempatan dan peluang ini, saya akan berikan seluruh tenaga untuk skuad di Piala Dunia 2018.”
Honda yang sebelum ini pernah tersenarai dalam skuad Jepun pada dua edisi Piala Dunia iaitu tahun 2010 dan 2014, amat berharap kemunculannya di Piala Dunia buat kali ketiga ini dapat memberikan sesuatu yang lebih bermakna dalam karienya.
“Saya amat berharap Piala Dunia kali ini saya dapat membantu pasukan dengan melakukan yang terbaik.”
Skuad Jepun bermula langkah kanan pada Piala Dunia kali ini, selepas berjaya menewaskan Colombia 2-1 sebelum mengikat Senegal 2-2.
Keisuke Honda berjaya mencipta nama sebagai penjaring apabila menjaringkan gol penyamaan ketika membantu pasukannya mengikat Senegal 2-2 dalam aksi kedua Kumpulan H di Arena Ekaterinburg, semalam.
Ini menjadikan Keisuke Honda sebagai pemain Jepun pertama yang menjaringkan gol dalam dua edisi Piala Dunia berlainan.
Beliau juga mencatat rekod penjaring terbanyak Jepun dalam sejarah Piala Dunia FIFA dengan empat gol setakat ini.