Penyampai TV dan juga penganalisis sukan di sebuah stesen penyiar di Argentina bertafakur selama seminit selepas menyaksikan pasukan kebangsaan mereka tewas kepada Croatia dalam saingan kumpulan D pada Khamis lalu.
Lagaknya seolah-olah kekalahan tersebut seperti satu kematian bagi mereka.
Argentina di ambang penyingkiran dari Rusia 2018 selepas hanya memperolehi 1 mata dari dua perlawanan pertama peringkat kumpulan.
Selepas Lionel Messi gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk perlawanan menentang Iceland berakhir dengan 1-1, Croatia menewaskan Argentina 3-0 melalui jaringan Ante Rebic, Luka Modric dan Ivan Rakitic.
Rebic mengambil kesempatan daripada kesilapan penjaga gol Argentina, sebelum Modric menjaringkan gol dari jariak jauh. Rakitic kemudiannya melengkapkan kemenangan bergaya Croatia sekaligus memberikan kekalahan terbesar Argentina sejak ditewaskan oleh Czechoslovakia 6-1 pada 1958.
Mujurlah Iceland gagal menewaskan Nigeria semalan, yang bermakna Argentina wajib menewaskan Argentina dengan harapan mengatasi Iceland dengan kelebihan gol sekiranya Iceland menewaskan Croatia.
Selepas menyaksikan skuad kendalian Jorge Sampaoli tewas, penyampai TV dan juga penganalisis sukan TyC Sports bangun bersama-sama untuk mengenang kembali kekalahan tersebut dengan bertafakaur selama seminit.
Anda boleh saksikan adegan tersebut melalui pautan di bawah:
?Dünya Kupası’nda maçında Arjantin, Hırvatistan’a 3-0’lık skorla yenilince ülkenin önde gelen kanallarından “TyC Sports” ekranlarında bir dakikalık saygı duruşu gerçekleştirildi. #CRO #ARG #WorldCuphttps://t.co/jlB8uqfm3k pic.twitter.com/N1ff02AP9o
— SKOR (@SozcuSkor) June 22, 2018