Croatia Terlalu Gah Buat Argentina, Layak Ke Pusingan Kalah Mati Selepas 20 Tahun

Croatia

Croatia terus cemerlang bagi mencatatkan kemenangan kedua dalam aksi kumpulan D selepas dengan bergaya menundukkan Argentina 3-0 pada perlawanan yang berlangsung di Nizhny Novgorod Stadium sebentar tadi.

Tanpa jaringan di babak pertama

Pemain sayap, Ivan Perisic hampir meletakkan Croatia di hadapan apabila rembatan hasil gerakan solo dilakukannya seawal minit ke-5 dinafikan Willy Caballero.

Percubaan oleh pemain yang beraksi untuk kelab Inter Milan dalam saingan Serie A itu merupakan satu-satunya percubaan tepat yang dihasilkan pada babak pertama.

Bagaimanapun, Argentina turut memiliki peluang keemasan untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-30.

Ketika penjaga gol, Danijel Subasic sudah berada di luar posisinya, Enzo Perez hanya mampu melakukan rembatan tersasar ke sebelah kanan pintu gol Croatia.

Berselang tiga minit kemudian, Perisic sekali lagi terlepas peluang bagi meletakkan nama sebagai penjaring setelah beliau sekadar menanduk angin hantaran lintang cantik yang dilambungkan oleh Sime Vrsaljko.

Walaupun aksi pada babak pertama tidaklah begitu menghiburkan, hantaran jauh berkualiti yang dipamerkan Luka Modric beberapa kali memberikan kesukaran buat jentera pertahanan Argentina.

Separuh masa kedua pengubah keadaan

Croatia berjaya menggunakan kesempatan pada minit ke-53 hasil kesilapan Willy Caballero yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dengan cermat.

Kesilapan tersebut digunakan sepenuhnya oleh Ante Rebic dengan meledakkan satu rembatan ‘first-timer’ yang sekaligus membuka tirai jaringan.

Jelas tersentak dengan jaringan tersebut, Jorge Sampaoli menambah sengat di bahagian serangan untuk kembali menyamakan kedudukan dengan membawa masuk Gonzalo Higuain, Christian Pavon dan Paulo Dybala.

Pertukaran yang dilakukan memberikan sedikit perubahan dengan Argentina dilihat lebih kerap mencipta gerakan untuk memburu jaringan.

Bagaimanapun pertahanan Croatia masih kental bertahan bagi menyerap asakan yang dilancarkan.

Pada minit ke-80, dalam keghairahan Argentina berusaha untuk mendapatkan jaringan, Luka Modric melenyapkan harapan Lionel Messi dan rakan sepasukannya menerusi jaringan cantik dari luar kotak penalti.

Jaringan pemain tengah Real Madrid itu semakin melonjakkan semangat anak buah Zlatko Dalic untuk terus melebarkan kedudukan.

Ia dibuktikan apabila Ivan Rakitic hampir meletakkan nama selaku penjaring apabila sepakan percuma yang diambil singgah di palang gol Argentina.

Rakitic akhirnya berjaya menebus kekecewaan tersebut apabila menutup tirai jaringan dengan mudah menolak masuk bola untuk jaringan ketiga buat Croatia pada minit ke-93.

Kejayaan ini telah membawa Croatia ke pusingan kalah mati buat pertama kali selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 1998.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN