Felda United vs Kedah: Previu Separuh Akhir Piala Malaysia

Juara Piala Malaysia 4 kali, pasukan Kedah akan bertandang tempat lawan dalam pertemuan separuh akhir yang pertama. Kali terakhir Kedah menjulanag Piala Malysia adalah pada 2008 hasil kejayaan ‘back to back’ 2007 dan 2008.

Selepas kejayaan besar meleburkan rekod Johor Darul Ta’zim di Larkin, Irfan Bakti sememangnya ada kapasiti yang terbukti dalam mencipta kejutan. Jurulatih yang sangat sinonim dengan falsafah bolasepak moden ini akan berdepan pasukan yang penuh semangat Kedah.

Rekod Pertemuan 6 Perlawanan Terakhir

Felda United (4) v Kedah  (2)  Seri (0)

KFE

Nisbah Gol (6 Perlawanan Terakhir)

Felda Utd 7 (1.16 )  Kedah 5 (0.83)

Prestasi Semasa: 6 Perlawanan Terakhir

Felda United- M S M S K S

F66

Gol : 10 Bolos :8

Nisbah Gol/ Perlawanan (6 perlawanan terakhir) : 1.67
Nisbah Bolos/ Perlawanan (6 perlawanan terakhir) : 1.33

Kedah – M S M K M K

K6

Gol : 13 Bolos : 10

Nisbah Gol/ Perlawanan (6 perlawanan terakhir) : 2.17
Nisbah Bolos/ Perlawanan (6 perlawanan terakhir) : 1.67

Analisis Corak Permainan Semasa:

Felda United

  • serangan melalui tengah
  • bolasepak pantas dan bertenaga
  • gemar bermain ‘counter attack’
  • sistem kawalan ketat ke atas pemain lawan ( tight man marking)

Kedah

  • mencipta gol melalui hantaran silang
  • serangan dari arah kanan
  • gemar melakukan cubaan jauh
  • efektif dalam sepakan bebas

Kekuatan

Felda United

  • laju dan bertenaga
  • boleh bertahan dengan baik
  • mencipta peluang goal melaui through passes

Kedah

  • sistem box to box yang efektif
  • efektif dalam mengatasi perangkap ofsaid
  • mencipta gol melalui situasi bola mati
  • klinikal di depan pintu gol

Kelemahan

Felda United

  • agak agresif dan berpotensi mendapat kad amaran
  • kerap melepaskan faul di kawasan bahaya
  • lemah berdepan pemain lincah

Kedah

  • organisasi zonal marking yang agak longgar
  • pemain kerap melakukan cubaan jauh dan bertindak secara individu
  • bertahan bola tinggi

Pemain Tumpuan

Zah Rahan Krangar (Felda United)

Felda

Zah Rahan merupakan pemain yang menjaringkan gol paling penting di Larkin untuk membawa Felda layak hingga ke separuh akhir.

Pemain yang bertenaga dan berstamina tinggi ini sangat berbakat dan akan menjadi pemain yang paling sukar diduga oleh barisan pertahanan Kedah.

Sandro Mendonca (Kedah)

sand

Pemain ini boleh menjaringkan gol dengan pelbagai disiplin termasuk dari dalam dan luar kotak penalti.

Kelincahan beliau membolehkan beliau efektif dalam bermain sama ada sebagai no.9 atau no.10.

Pemain yang ada keupayaan menjadi pengubah keputusan. Beliau dalam prestasi terbaik buat masa ini

Sebelum wisel

Kali terakhir mereka bertemu adalah pada 2014 dengan kemenangan di tangan Kedah. Namun ia rekod yang terlalu lama.

Prestasi semasa menunjukkan perlawanan ini menemukan pasukan yang dengan nisbah gol paling tinggi dalam 6 perlawanan terakhir iaitu Kedah berdepan dengan pasukan kedua terbaik dari segi pertahanan (selepas Selangor) di antara 4 semi finalis.

Kedah sudah pasti ada banyak kerja rumah untuk dilakukan selepas post mortem pasca perlawanan menentang PKNS.

Untuk Felda United, yang menariknya, di antara 4 semifinalis, mereka akan turun dengan status underdog yang membolehkan mereka bermain dalam tekanan yang sangat minimum.

Tekanan lebih kepada pasukan Kedah dalam perlawanan ini. Ia adalah pertarungan siapa yang paling sedikit kesilapan.

Ini kerana kedua dua pasukan ada unit serangan dan tengah yang mampu menghukum sebarang kesilapan yang sedikit.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN